Cerpen ini telah dibukukan bersama penulis lain bertemakan CINTA di bawah bimbingan novelis popular, Umie Nadzimah. Buku antologi tersebut bertema SETULUS JANJI
--------------------------------------------------------------------------------------
AKHIRNYA saya dapat bertentang mata dengannya. Saya berangkat meninggalkan tanah air setelah berjaya mendapatkan alamat terkini lelaki ini. Kami berinteraksi melalui Facebook selepas proses pencarian memakan masa berbulan-bulan. Sekian lama garis masa Facebook miliknya tidak dikemaskini. Berkemungkinan mesej saya masuk ke peti yang tidak dibaca. Emel yang dihantar juga tiada balasan. Saya hampir berputus asa. Pun begitu berkat doa supaya hatinya terbuka untuk menyemak semua akaun media sosial milikannya beroleh hasil yang diharapkan.
Sehingga ke hari ini terbayang-bayang
balasan mesej Facebooknya yang berbaur kejutan luar biasa. Satu gambaran
gembira yang membuak-buak. Dia berkeras untuk membiayai penginapan sepanjang
masa saya di negaranya tapi saya menolak dengan baik.
Saya tergamam bila dipeluk olehnya di
dalam kafe, tempat kami mengaturkan pertemuan. Butir-butir kristal jernih
bergenang di kelopak matanya. Walau bertutur dalam bahasa universal adakalanya
dia tersasul dialek tempatan. Saya telah bersedia dengan mempelajari bahasa
ibundanya yang asas. Kami berbual perkara remeh sehingga dia terdiam sejenak.
Pandangan lelaki ini dilontarkan ke luar kafe selepas meneguk espresso panas berulang kali. Saya pula mencicip
secangkir latte berperisa kacang
hazel dan mengamati pemandangan yang sama.
Dalam hela nafas dan menung
yang panjang itulah saya meletakkan sampul yang diamanahkan di hadapannya. Dia
mengangkat kening. Saya membalas dengan anggukan. Lambat-lambat dibuka sampul
tersebut. Dia membelek satu persatu foto-foto yang saya langsung tiada pengetahuan
tentangnya. Air jernih mulai menitik di pipinya yang bergaris halus,
begitu juga di sekeliling mata. Rambutnya memutih nipis di pelipis namun
kekacakannya tidak pudar. Saya menyedari beberapa kali pengunjung kafe wanita
mencuri-curi pandang ke arah kami. Saya mengalami kesukaran memulakan cerita
acap kali terperasan perhatian yang timbul kerana daya tarikan pemikat lelaki berusia
ini begitu tinggi.
Mata saya tertancap pada satu pasangan
yang baru masuk ke kafe dan melabuhkan punggung
setentang dengan kedudukan kami. Tangan mereka masih bersatu
tatkala membelek menu. Apa yang menarik minat saya untuk terus-terusan mengerling
dari ekor mata ialah perbezaan ketara mereka. Saya meneka wanita itu seusia
lelaki temu janji saya manakala pasangannya lingkungan sebaya saya. Sekali
imbas boleh dianggap seorang ibu sedang bermesra dengan anaknya. Namun akan
berubah bila diamati keintiman mereka persis sepasang kekasih.
Dia juga memerhatikan mereka.
Bila mata kami bertaut semula, tiada sinar pada anak matanya. Senyumannya
hambar. Saya yakin rona sedih itu berkait dengan kepingan foto yang disimpan
semula ke dalam sampul usai membeleknya.
Kepala saya ligat mengingatkan
apa yang telah diceritakan pada saya kira-kira lapan tahun lalu. Ironinya,
gelagat pasangan tadi tambah mengimbau semua cerita yang mak su pernah sampaikan.
Satu lagi amanat perlu dilunaskan. Saya menarik nafas panjang sebelum memulakan
cerita.
******
PETANG Jumaat minggu ketiga bulan Oktober tahun 2018
Sayup-sayup
kakak kembali teresak-esak. Derapan kaki dan bunyi pintu dikuak menyusul dan
selang beberapa minit mak su menapak ke ruang tamu. Mak Su menggeleng diiringi keluhan berat. Bukan kami tidak mahu
memujuk kakak. Semakin dipujuk, esak tangisnya semakin meninggi. Mak su dan
saya bersepakat biarlah kakak menangis semahu-mahunya sehingga satu masa kakak sedar.
Kakak tidak membantah ketika saya
menyuarakan hasrat agar dia berehat sahaja di rumah mak su untuk satu tempoh.
Menjauhi hiruk pikuk rutin yang saban masa menuntut komitmen keberadaan bila
bergelar personaliti popular Instafamous. Setiap
aktiviti kakak, para peminat mahu tahu. Kelincahan kakak hilang selepas
peristiwa itu. Lebih banyak mengelamun. Badan menyusut mendadak.
Malam itu, abang sepupu kami tiba
dari Kuala Lumpur. Kelegaan terpancar di wajah mak su. Kami berharapan pada Abang
Edi untuk menceriakan kakak. Saya mahu turut serta bersama mereka makan malam
di restoran kegemaran kami sekeluarga tetapi membatalkan niat bila mak su memaklumkan
mahu berehat sahaja di rumah. Saya jatuh kasihan mengamati kelesuan mak su. Saya
tidak pernah melihat mak su berkeluh-kesah walau kebelakangan ini kesihatan mak
su tampak merosot. Mak su antara wanita yang tinggi semangat juangnya.
Saya membancuh kopi susu kegemaran
mak su kemudian menatang ia bersama sepiring biskut menuju biliknya. Bayang
sosok mak su dalam kesuraman cahaya lampu di dinding kelihatan sedang duduk di
balkoni. Renungannya pada bulan penuh di kaki langit mengingatkan saya pada
kisah pungguk rindukan bulan. Melodi klasikal Chopin merdu berkumandang. Haruman
bunga melur memenuhi aroma bilik tidur mak su benar-benar membangkitkan suasana
indah namun syahdu.
Saya merapati. Kenangan apakah yang
mengusik jiwa mak su terutama dalam kesunyian malam sebegini menimbulkan
kerisauan kerana mak su tampak terlalu sedih.
“Julia nak tahu apa itu cinta
sejati?” Suara mak su memecah keheningan antara kami.
“Mahu,” sahut saya sepatah dengan
harapan mungkin itulah momen mak su mahu bercerita siapakah atau apakah yang
sering mengisi ruang hati mak su. Kesibukan kerjaya yang sukses atau giat
berbuat kerja amal seolah-olah ingin melupakan sesuatu yang mahu disembunyikan
selama ini.
“Cinta sejati terbit dari hati. Ia
indah dan manis. Selalunya tidak bersebab bila rindu pada si dia menjenguk dan
memenuhi ruang hati.”
“Bagaimana kita nak tahu kita cintakan
seseorang itu, mak su? Makan tak kenyang, tidur tak lena itu antara tandanya?”
soal saya cuba menghadam apa yang mak su baru sampaikan.
“Sangat klise itu Julia. Kita selalu
keliru dengan apa yang didengari atau mahu difahami. Alaminya sendiri mungkin
Julia akan faham apa itu cinta sejati.”
Saya menarik mak su ke dalam
kerana kedinginan bayu malam mula menggigit tulang-temulang. Mak Su tidak
membantah.
“Bila kehadiran si dia mampu
memenuhi keperluan kita sehingga kita tidak sanggup hidup tanpanya, itulah
cinta, Julia.” Mak su menyambung kata.
“Bunyinya semacam mengongkong saja
mak su, seperti obses. Kita mahu pasangan kita meluangkan masanya dengan kita sentiasa.”
Saya menempelak dan mencapai biskut lalu menggigit sedikit.
“Julia…Julia bukan mengata Kak
Min kan?” Telah mak su dengan satu renungan tajam.
Nyaris tersedak gara-gara tertangkap bersama mulut
sudah dipenuhi biskut. Tanpa menjawab, saya melarikan anak mata pada lukisan
potret kesayangan mak su yang tergantung kukuh pada dinding. Mak su memang seorang
yang tajam pandangan. Sekelumit pun tidak pernah pendapat peribadi saya itu dinyatakan
pada sesiapa berkenaan hubungan antara kakak dan bekas tunangnya.
Mak su menggeleng perlahan.
“Jika Jasmin boleh bertolak ansur dengan kerjaya bekas tunangnya itu, mungkin
ikatan pertunangan mereka boleh diselamatkan. Apa Julia kata itu benar. Mencintai
seseorang perlu wujud toleransi antara pasangan. Yakin pada cinta itu, tiada
apa yang bisa menghalang perhubungan melainkan takdir dari Ilahi. Was-was dan
kurang yakin pada pasangan tiada dalam kamus perhubungan cinta yang ikhlas.”
Tampak mak su pun sependapat. Saya
cuba membawa mak su ke topik asal perbualan kami. “Mak su, apa lagi mak su
boleh cerita tentang cinta sejati? Julia ni tak pernah bercinta. Betul-betul
bergantung novel-novel cinta yang dibaca dan menonton filem cinta.”
“Cinta memerlukan pengorbanan Julia.
Jika sampai ke jinjang pelamin, satu lagi kehidupan baru kita akan tempuh
bersama orang yang kita pilih menjadi teman hidup. Kalau tidak ke situ, gigit
jarilah. Apa nama lagu yang pernah popular dulu? Pelamin anganku musnah?”
Saya jungkit bahu dan tergelak
melihatkan mak su menjulingkan biji matanya barangkali mentertawakan diri pada
jenakanya yang tidak menjadi. Mak su terdiam agak lama sebelum menyambung
ceritanya.
“Mak su teringat kisah cinta
sahabat mak su ini.”
Saya membulatkan mata. Sila saya hampir
bertemu simpuh mak su. “Mak su… Cepatlah cerita.” Gelagat saya mencuit hati mak
su cuma saya jadi tersipu-sipu pada sengih dan kenyitan mak su.
“Cerita lama…tapi memorinya tidak
pernah luput dari ingatan mak su ni….” Raut wajah mak su sudah menjauh. Saya
dapat melihat ada cahaya terbit dari anak mata mak su.
***********
PAGI Isnin minggu ketiga bulan Mac 2008
“Cik Anggun. Cik Anggun.”
Rika tercungap-cungap. Dia membongkok.
Satu tangan dipaut pada lututnya dan satu lagi tangan dilambai-lambai sebagai
petanda diberi masa untuknya mengambil nafas. Anggun tidak jadi marah
melihatkan wajah Rika yang kemerah-merahan.
“Cik Laila on the way. Kita dah boleh mula shoot.” Habis Rika berkata dalam satu
nafas, selang sepuluh minit barulah hos rancangan Laila, menunjukkan dirinya.
Penggambaran bermula di dalam
Galleria Borghese yang memakan masa separuh hari. Dana daripada penaja
diperuntukkan agar rakaman siap dalam tempoh sebulan untuk siri satu. Hampir setiap
hari akan ada rakaman dan beberapa hari harus diperuntukkan untuk sebarang kontijensi.
Penggambaran susulan pada sebelah petang berterusan ke Spanish Steps. Sepuluh
episod jalan-jalan Rom di bawah seliaan Anggun ini sebagai batu loncatan,
pemula bukti kewibawaannya selaku penerbit rancangan travelog.
“Cik Anggun, esok kita shoot mana?” Soalan Rika mengembalikan
Anggun pada suasana semasa. Baru sahaja tiga hari, hatinya meruntun rindu pada
mereka yang ditinggalkan.
“Saya terserempak satu pameran
yang akan dilancarkan esok. Saya bercadang kita tinjau selepas selesai shoot sebelah pagi. Petang kita adakan meet-up untuk diskusi.”
“Tapi, Cik Anggun, itu tiada
dalam jadual. Saya khuatir jadual kita lari.” Rika mengerutkan wajah.
“Jangan risau. Tak semua akan
terbabit. Saya sahaja. Krew bebas untuk buat aktiviti sendiri selepas shooting. Bukan apa Rika…saya nak
merasai suasana tempatan dan melihatkan tema pameran itu, hati saya terpanggil
untuk meninjau.”
Rika mengangguk sambil
tangannya pantas mengemas perkakasan. Melihatkan Rika terkial-kial memikul
perkakasan lantas dia memungut beberapa peti. Anggun mula melangkah.
Pemandangannya sedikit terhalang kerana menatang peti yang sederhana saiznya.
Rika diharapkan menjadi pemandu jalan. Anggun tidak perasan yang dia sudah
tertinggal ke belakang dan ketika itulah sisi kirinya merempuh sesuatu yang
besar dan keras.
“Awww,” Anggun mengaduh.
Serentak kedengaran satu suara
garau daripada seorang lelaki mengucapkan perkataan ‘Sorry’. Peti-peti sudah berserakan. Rika tidak kelihatan di
mana-mana. Anggun berpaling. Sangkaannya terlanggar dinding ternyata meleset.
Tubuh lelaki ini sasa dan tinggi. Sepasang mata biru kehijauan galak menusuk
sepasang mata bundar milik Anggun. Rambutnya perang mencecah bahu beralun
ditiup angin. Bibirnya merah menguntum senyuman. Balasan senyuman manis milik
Anggun beraduk degupan jantung yang tiba-tiba laju. Anggun tidak mudah terkedu
tetapi kali ini lidahnya terasa mengembang dalam rongga kerongkong.
“Are
you alright?” Lelaki itu merenung
penuh prihatin.
Anggun mengangguk.
“I’m really sorry if I hurt you…anywhere and your stuff, let me pick it
up for you.”
Anggun mengelus kecil tetapi turut
memungut peti-peti dan tangannya tiba-tiba bersentuhan dengan tangan pemuda
itu. Seperti tubuhnya yang tegap, lengannya juga sasa di mata Anggun.
Cepat-cepat dia menarik tangannya seraya pipinya sudah terasa hangat.
“Where are you heading? Let me help you carry some of your stuff.” Pelawa lelaki itu selepas menghulurkan peti terakhir kepadanya.
Tiada alasan lagi buat Anggun untuk berterusan mendiamkan diri.
“I was the one who was’nt looking, no worries. My rented apartment just
nearby. I can manage.”
“Please…the least I could do is to help you carry some of those to your apartment.”
Anggun berasa serba salah lalu
menerima pelawaan lelaki itu dengan ucapan terima kasih. Lelaki itu
memperkenalkan dirinya. Namanya Stefan, penduduk tempatan berbangsa Itali.
Sejurus mereka tiba di hadapan inap desa yang merupakan sebuah bangunan lama
diubahsuai sebagai pangsapuri, kad bisnes masing-masing bertukar tangan. Semua
krew penggambaran ditempatkan dalam dua unit inap desa hanya beberapa blok dari
Spanish Steps berhampiran Borghese Garden.
Seawal pagi esoknya penggambaran
ditangguh ke petang gara-gara hujan. Selesai diskusi singkat, Anggun bergerak
solo mengharungi rintikan hujan yang kian reda menuju pameran yang dimaksudkan.
Anggun mendapatkan brosur dari
tangan penyambut tetamu di balik kaunter. Mudah sedikit sesudah ada panduan
bertulis dalam bahasa yang difahamikerana berada di kelompok orang-orang yang
bukan berbahasa Inggeris terasa begitu terasing. Dia mengagak perasmian baru
tamat kerana para pengunjung sedang melewati setiap pameran dan arca di segenap
ruang balai sesampai sahaja di situ.
Anggun terus melangkah dari
satu bahan pameran dan berhenti seketika jika ada yang menarik perhatian. Sewaktu
menyusur satu ruang sedikit tersorok di belakang pembahagi ruang, lengan Anggun
ditarik seseorang. Serta-merta perasaan jengkel bangkit. Dia memusingkan
kepalanya sementelah tangan direntap cuba dilepaskan.
“And-goo!What a lovely surprise!” Suara garau Stefan menerjah gegendang telinga
sehinggakan Anggun tidak berkedip. Sekali lagi Stefan membuat Anggun kelu
seribu bahasa.
“Yesterday, I forgot to tell you about the launching of my art exhibition.
So I’ve decided later I would call and fetched you from your place and brings
you here. But, you are faster than me.” Stefan tersenyum lebar. Tangannya masih erat memaut
lengan Anggun.
Kecanggungan Anggun tidak lama
kerana Stefan yang diraikan pada hari itu pantas bertindak sebagai tuan rumah.
Anggun dibawa ke segenap ruang dan diberi penerangan karya seni air tangannya.
Sekali sekala layanan eksklusif Stefan terhenti bila pengunjung lain menyapa,
berjabat tangan sertapemberian ucapan tahniah tidak berhenti-henti.
Berselang-seli dengan sesi bergambar. Anggun memerhatikan semua ini dengan
penuh kagum. Tidak terjangkau di fikirannya lelaki yang wajahnya berseri-seri
ini seorang lelaki seni.
Pertemuan
mereka yang tidak disengajakan tidak berakhir di situ. Hari-hari yang
seterusnya antara selang masa penggambaran rancangan travelog. Stefan akan
membawa Anggun menjelajahi setiap pelusuk Rombila ada masa terluang.
“I still can’t pronounce
your beautiful name correctly. May I know what your name means?”
Stefan mengajukan soalan pada Anggun pada satu hari ketika mereka sedang bersantai
di Piazza del Popolo menikmati pizza tempatan yang enak beradun bahan segar dan
dibakar dengan dapur stail tradisional.
Pengakuan
Stefan mengundang ketawa kecil di bibir mungil Anggun. Stefan hanya
memanggilnya ‘Bellisimo’ atau ‘Bella’. Kulit putih Stefan pasti berubah
kemerahan sejurus ditertawakan. Setiap kali nama Anggun disebut, bunyinya
janggal seperti sebutan‘And-goo’. Lalu Stefan memutuskan dengan panggilan dua
nama itu bila Anggun galak ketawa.
“Dad was deeply in love
with mom. When she passed away after gave birth to me, Dad always said that I
looked just like her. Since he’s always believe mom was the most exquisite,
elegant and beautiful woman he ever knew, he named me after her.”
“You mean your late mom
and you have the same name?”
“No, Anggun is how he
described her. He had hopes that I would be just like her. But he insisted that
I’m special in my own way, so no pressure. No pressure.”
Anggun menjulingkan matanya seolah-olah imbauan dialog dengan arwah ayahnya bernada
lucu.
“Your father is right
Bella. You are special. Intelligent. Sweet. A very beautiful woman I’ve ever
laid my eyes on.” Anggun tertunduk tatkala Stefan merenung
dalam-dalam ke dalam sepasang mata Anggun.
“How do you say ‘I love
you’ in Malay language?” Suara Stefan begitu perlahan dan Anggun
merasakan tangannya sejuk tidak semena-mena. Lantas dia mengalihkan fokus
matanya pada orang-orang yang lalu lalang di laluan pejalan kaki berhadapan
bangku mereka duduk menikmati ais krim dalam cawan pula.
“Saya…”
Telunjuk Anggun pada dadanya, “… cinta,” Dua tangannya dirapatkan membentuk
simbol cinta, “…awak.” Telunjuknya menuding menghampiri dada Stefan. Kuntuman senyuman Stefan begitu berseri di mata Anggun
dengan raut wajahnya terserlah cerminan berpuas hati. Mereka merenung sesama
sendiri buat seketika.
“Hey, look. Something
happen there. Do you mind if I take a look?”
Stefan
berkata tiba-tiba seraya matanya dipusatkan pada kelompok manusia yang
mengeremuni sesuatu. Anggun baru sahaja mengangguk tetapi Stefan sudah
berlari-lari anak ke situ diiringi tatapan matanya. Tubuh Stefan semakin
mengecil dan hilang di sebalik kelompok manusia itu.
Sekembali
Stefan kira-kira lima belas minit kemudian, Anggun dimaklumkan ada seekor anak
kucing berjaya diselamatkan. Ia telah terjatuh ke dalam longkang dan beberapa
peti besar di atasnya telah menutup jeriji laluan. Siapa lagi kalau bukan
Stefan yang menyelamatkan anak kucing itu.
******
PETANG
Sabtu minggu pertama bulan Februari 2009
“Bellisimo!”
Suara
garau yang sekian lama dirindui menerjah cuping telinga. Anggun menoleh ke arah
panggilan itu. Belum sempat hendak menapak ke arahnya, Stefan terlebih dahulu
sudah berlari mendapatkannya. Tahu-tahu sahaja dia dijulang tinggi dalam pelukan
Stefan kemudian sebuah kucupan hangat hinggap di pipinya.
Anggun
cuak. Beberapa orang menoleh ke arah mereka berdua. Ada yang tersenyum dan tak
kurang yang bergeleng. Dia yang sudah merona merah, menepuk manja dada Stefan.
Bau pewangi signifikan identiti Stefan dihidu dalam-dalam. Anehnya walau lelaki
idamannya sudah menjelma di depan mata, rasa rindu kian bergelora. Perhubungan
mereka yang pada mulanya kawan biasa kini diikat dengan berbalasan lafaz ‘Ti
Amor’. Aplikasi Skype menjadi pengganti
diri dan emel ibarat surat-surat cinta. Begitu juga semua bentuk teknologi
perhubungan dimanfaatkan sepenuhnya. Semakin kuat bibit-bibit cinta walau
berjauhan antara dua benua.
“Stefan…remember, you’re
in Malaysia now,” Anggun yang masih belum direlaikan dalam
rangkulan Stefan memprotes.
Stefan
teragak-agak hendak melepaskan Anggun. Tangan Anggun digenggam kemas dan mereka
mula mengatur langkah meninggalkan ruang balai ketibaan lapangan terbang KLIA.
“That’s a shame. Sorry
dear. I miss you too much. You know that, don’t you.”
“I miss you too.”
Anggun melirik pada Stefan.
“We have one month to
spend time we each other.”
“What? A month? I thought
you’ll be here for only two weeks vacation.”
“I lied. You won’t
approved if I told you beforehand. I took one month off to be with you, Mi
Amor.”
“But, what about your art
tour? And your lectures?”
“The college approved my
leave. They should. I hardly take any days off. And, about my tour, Esmie
grumbled a bit but she finally let me go. Phew. I needed a break too. It’s
postponed for another two months.”
“But you should not do
that…” Jelingan manja Anggun dibalas senyuman seraya Stefan
mengangkat kening.
“I should. You matters to
me. Bella… while I’m here, don’t bossy me around ya or I tickle you real hard.”
Stefan berkenyit dan mencuit pinggang Anggun.
“I’m older than you
Stefan, like an elder sister. That grants me to boss you around.”
Stefan
mengeluh panjang. Anggun berpura-pura tidak mendengar.
******
PAGI
Rabu minggu kedua bulan Februari 2009
“There,
there. That’s the place.” Telunjuk Anggun dituruti Stefan dengan lirikan
mata.
“Mahu
turun sini?” tanya pak cik pemandu beca dan beca diperlahankan. “Ya, pak cik.”
Selepas
membayar tambang, Stefan dan Anggun berdiri menghadap tempat pelancongan
seterusnya yang dirancang dalam lawatan mereka.
“Perigi
Hang Li Po,” ujar Anggun menapak ke dalam diikuti Stefan.
Petang
itu sewaktu Stefan memuji keenakan cendol yang sarat dengan durian, Anggun
membelek beberapa cenderamata. Fikirannya berlegar-legar pada inti pati bualannya
berkenaan perigi Hang Li Po. Stefan mengacah-acah mahu membaling syiling dan
membuat hajat tetapi segera ditegah Anggun. Anggun arif benar dengan sifat
romantik yang ada pada Stefan. Dia begitu teruja sejurus mendengar kisah di
sebalik ketaatan dan tumpah kasih Puteri Hang Li Po pada suaminya, Sultan
Mansur Syah sehingga terkorban demi menyelamatkan suaminya itu.
Anggun
akan cuba mengelak bila soal hidup bersama diusulkan oleh Stefan. Padanya, cinta
semata-mata tidak menjamin kebahagiaan jitu. Jurang antara mereka terlalu besar
dan adakah mereka bersedia menempuhnya dirasa rumit pada Anggun. Bukan tidak
pernah dia cuba melupakan perasaan jatuh hati pada Stefan di peringkat
permulaan tetapi ia tambah menebal bila sedaya upaya menjauhkan diri. Stefan mengingatkan
Anggun kisah cinta arwah ayah dan ibunya sendiri. Cinta mereka tidak pernah
padam hingga hujung nyawa. Pada Stefan, mereka mampu mengatasi setiap kemelut. Daripada
menanggung sengsara kerinduan yang berpanjangan, Stefan tidak mahu berpisah
lagi dengan Anggun.
Cincin
perak bertatah sebutir mutiara pemberian kejutan daripada Stefan tampak indah
di jari manis Anggun. Di hadapan perigi Hang Li Po itulah Stefan melamarnya.
Sambil mengerling pada Stefan yang menyudu cendol dengan berselera, terbayang-bayang
saat-saat manis itu. Anggun menerima dengan setulus hati. Dia juga tidak mahu
berpisah lagi dengan Stefan. Jika kekasihnya bersedia memenuhi semua tuntutan
agama dan rela mengatur semula rutin hidup, Anggun juga bersedia untuk
keperluan itu. Asalkan mereka boleh bergandingan membina mahligai cinta. Ikatan
komitmen yang halal dan rasmi di mata masyarakat.
‘Attraversiamo,’ bisiknya dalam hati
seraya melemparkan senyuman manis pada si buah hati.
******
PAGI
Sabtu minggu keempat bulan Julai 2009
Bahang
musim panas kian lenyap. Awan mendung yang berarak seawal pagi tadi menaikkan
gerimis, membasahi bumi Rom seakan mewakili isi hati dan perasaan Anggun saat
itu. Kafe ReCafe yang tidak jauh dari jirat kuno Mausoleo di Augosto menjadi
tempat para pelancong berteduh. Musim panas adalah musim Rom sarat pelancong
tetapi Anggun tidak menganggap dirinya seperti pelancong kali ini. Lebih
daripada sebulan Anggun kembali ke situ. Menetap di inap desa berhampiran pangsapuri
Stefan dengan penginapannya ditanggung sepenuhnya oleh Stefan.
Pertemuannya
dengan kakak Stefan dua malam sebelum itu tidak berakhir dengan tenang dan
membelenggu jiwa dan hatinya saban waktu. Kedinginan layanan satu-satunya kakak
Stefan memberi tekanan pada Anggun sementara Stefan tersepit di tengah-tengah. Tekad
Anggun goyah dek sinis kakak Stefan memberi bayangan hubungan mereka tidak akan
kekal atas sebab Anggun tidak mampu memenuhi apa yang diperlukan oleh adiknya.
Kegusaran
Anggun bertambah selepas kejadian petang semalam di Borghese Garden. Mujur
Stefan tangkas menepis bola yang tiba-tiba melantun hampir mengenai lukisan
yang sedang dikerjakan Stefan. Seorang kanak-kanak menghampiri mereka dan
rakan-rakannya yang tidak jauh dari situ memerhati. Usai meminta maaf, budak
itu mahu memungut bolanya. Tiada kata-kata marah yang dihamburkan. Sebaliknya
Stefan berhenti melukis dan bermain bola seketika bersama mereka semua.
Anggun
memerhati keceriaan yang terpancar di wajah Stefan menyantuni setiap seorang
kanak-kanak itu. Kemudian Anggun meninjau seketika lukisan yang separa siap
itu. Dirinya menjadi subjek utama dalam lukisan. Entah kali ke berapa dia
sentiasa menjadi subjek utama karya-karya Stefan. Kata Stefan, Anggun adalah ‘Muse’
padanya.
“You look comfortable
playing with them,” ujar Anggun sebaik sahaja Stefan kembali
ke tempat senggang mereka. Sambil mengesat peluh, Stefan mengiyakan. “I like kids. One day, I want to have my own
children.”
Luruh
jantung Anggun. Terasa seperti ditampar berulang kali supaya tersedar dari
mimpi. Suara yang sedang berhujah dalam mindanya seakan-akan mengetuk-ngetuk
kepalanya. Suara itu berbunyi tega dalam benaknya, ‘Lelaki berusia tiga puluh
tahun ini masih panjang perjalanannya, Anggun.’
Anggun
sedar dia tidak berhak menghalang lelaki ini daripada memenuhi impian
hidupnya. Bukan sekadar usianya yang
lapan tahun lebih tua daripada Stefan. Kembali melalui proses melahirkan
seorang anak bukan lagi tumpuan hidup Anggun buat masa itu. Kerjayanya sedang di
kemuncak. Malah dirinya sudah bergelar ibu tunggal kepada seorang anak yang
akan menyambung pengajian di peringkat sarjana.
Terngiang-ngiang
sindiran kakak Stefan di benak Anggun. Terbayang-bayang pula aksi Stefan
bermain bola bersama sekumpulan kanak-kanak. Latte sejuk disedut tiada rasa nikmat.
“Your cucumber sandwich,
Mam,” teguran pelayan sambil menghidangkan sepiring roti
sandwich berpotong dua mematikan lamunan Anggun. Saat itulah dia terperasan
seorang wanita berambut kemerahan sedang menghampiri mejanya. Dia membalas
senyuman wanita itu. ‘Cantiknya dia’ tercetus pujian dalam hati Anggun.
“Hello Mam. Do you speak
English?”Tanya wanita itu masih berwajah manis tatkala sudah
berdiri di sisi meja Anggun.
Anggun
mengangguk. “Yes. Please, have a seat.”
Wanita itu menuruti.
Wanita
itu memperkenalkan namanya Sophie, pelancong dari Sweeden. Beberapa foto Anggun
telah diambilnya tadi. Dia meminta izin ia disimpan sebagai koleksi. Bersungguh
dia menerangkan tidak dapat menahan dirinya untuk mengambil gambar Anggun
kerana hematnya ekspresi wajah Anggun
cukup menambat hatinya. ‘Serene’ despkripsinya. Bahkan tidak putus-putus memuji kejelitaan
Anggun. Kecantikan orang Asia, tambahnya lagi.
Banyak
tentang diri Sophie menarik perhatian Anggun. Seorang jurugambar profesional
yang telah menjelajah beberapa negara demi momento berbentuk foto. Moto
hidupnya mengingatkan Anggun pada Stefan. Sophie bertegas menyatakan prinsip
hidupnya ialah, ‘Hidup ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan setiap momen
yang berlalu berakhir tanpa disedari.’ Stefan juga pernah memberitahu Anggun
pendapat yang hampir sama. Jika momen tidak disimpan dalam lukisan, gambar
daripada petikan kamera pun memadai memberi erti.
Hati
Anggun berbolak-balik. Rasa sebak yang terbit pada dadanya cuba ditahan dengan
melayan cerita-cerita Sophie. Pertemuan singkat tapi bermakna itu memberi ilham
pada Anggun dan dianggap takdir yang menjawab persoalan yang berlegar-legar dalam
fikirannya beberapa hari itu.
Anggun
mengajak Sophie ke parti yang dianjurkan rakan baik mereka untuk meraikan
Stefan dan dirinya pada malam itu. Buat pertama kalinya, mereka akan
mengumumkan pertunangan mereka pada rakan terdekat. Keluarga Anggun dan semua
yang mengenalinya di Malaysia langsung tidak tahu-menahu tentang ikatan
pertunangan itu. Pada mereka, dimaklumkan mahu mengambil cuti sabatikal
beberapa bulan atas sebab lelah bekerja.
Sophie
pandai membawa dirinya di majlis itu. Stefan dan Sophie tampak serasi bertitik
tolak pertembungan minat dan pengalaman yang serupa. Anggun menarik nafas lega.
Dia sedikit gelisah menantikan satu panggilan telefon yang dirancang.
Ketika
Sophie sedang bergelak pada celoteh Stefan, Anggun meminta diri bersama alasan
panggilan telefon yang baru diterimanya itu mustahak. Stefan segera terdiam. Pandangan
matanya tajam pada Anggun. Stefan terlalu mengenalinya untuk mudah terpedaya
begitu sahaja. Saat Anggun sudah berada di luar kelab, tiba-tiba Stefan
memeluknya dari belakang. Sedikit pun tidak disedari Stefan mengekorinya kerana
hujung minggu sebegitu jumlah pengunjung berganda. Walau rakannya telah menyewa
bilik khas untuk parti peribadi itu, mereka masih perlu menempuh kesesakan tubuh
badan manusia di sebelah bahagian luar.
“What’s the matter, Mi
Amor?” Stefan mengucup dahinya dan matanya cuba mencari
jawapan dengan tatapan penuh tanda tanya.
“Emergency from production,
love. I’ll see you next morning. I need to get back to my place now.”
Anggun membulatkan matanya pinta difahami. Seribu rasa yang memberat di dada
dan kecamuk minda cuba ditahan agar Stefan tidak sangsi padanya walau sekuman
pun.
Stefan
melepaskan rangkulannya. “I come to your
place later. It won’t be long here. Two, three hours most. Settle whatever you
must. Get rest afterwards.”
Tiga
jam kemudian, dengan menggunakan kunci pendua, Stefan menapak ke dalam inap
desa Anggun buat pertama kalinya. Demi menghormati Anggun, sekali pun dia tidak
pernah datang sewenang-wenangnya ke situ walau ada aksesnya. Hanya lampu di
ruang tamu dipasang. Tiada suara Anggun menyahut panggilannya. Stefan terus
menuju ke bilik tidur Anggun. Kemas. Tiada kelibat tunangya. Stefan membuka
almari dengan perasaan berdebar-debar. Kosong. Tatkala dia menoleh ke arah meja
solek di tepi katil, terletak sekeping kertas dihimpit oleh sebentuk cincin
perak bertatahkan sebutir mutiara. Debaran berganti remukan.
******
PETANG
Khamis minggu keempat bulan Ogos 2009
“Cik
Anggun, ada orang nak jumpa. Dia tunggu di bilik tetamu,” pembantu Anggun
memaklumkan.
“Kan
saya sibuk ni. Minta dia buat temujanji dulu.” Anggun mendengus tanpa mendongak.
“Too busy to meet me?” Suara garau yang
cukup dikenalinya serta-merta membuatkan Anggun mengangkat kepalanya dari
merenung kertas-kertas yang bertaburan di atas meja. Pembantunya segera beredar
selepas menutup pintu pejabatnya.
Tiada
sebarang suara mengisi ruang antara Anggun yang sekonyong-konyong pucat lesi
dan Stefan yang begitu asyik menatap wajahnya. Jeda.
“No phone calls. No
emails. You just…out of reach,” rungut Stefan terhenti
untuk menarik nafas seketika.
“I won’t be long, Mi Amor.
I came to see you for the last time. And…to give you this.”
Stefan meletakkan sekeping bungkusan berukuran menyerupai kanvas potret lazim
yang kemas berbalut lalu disandarkan pada dinding. Anggun boleh mengagak apa
isinya. Anggun dirapati, tangan Stefan mencapai tangan Anggun lalu diusap
telapak tangannya sebelum sebentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan
mereka kembali pada pemiliknya.
“Keep it, Mi Amor.
Please. Dolce Vita.” Stefan mengucup dahi Anggun beriringan leraian
air jernih membasahi pipinya yang sedikit cengkung pada pandangan Anggun.
“Stefan…I…I…”
rayu Anggun yang sudah basah dengan rembesan hangat tidak dapat meneruskan
kata-katanya.
“Yes, I know Bellisimo.
You love me so much that you wish that I to have the best of my life. And, I
love you with all my heart and soul, so I’m going to allow myself to fulfill
what you want from me. Attraversiamo.”
******
PETANG
Jumaat minggu pertama bulan Disember tahun 2026
Genang
air mata saya kini bertukar kepada aliran hangat yang tidak mahu berhenti.
Lelaki ini terlebih dahulu basah dalam sedu sedan. Saya seakan-akan menjiwai
kedukaannya yang memuncak. Dia langsung tidak menyampuk sepanjang saya bercerita.
Sekali-sekala dia merenung ke luar atau menekup mukanya yang sudah merah
selepas mengesat matanya yang membengkak dengan sapu tangan milikannya
“She told you that she
left her fiance because she can’t conceive after the uterus operation she had
long time ago? That she was unable to give any children to her future husband?”
Saya
menelan air liur. Kekeliruan timbul di benak saya. “Yes, that her late best friend broke her engagement with you because
of that.”
“Anggun…Anggun…all these
years. Age gap and cross-cultural concerns you all the time and that’s all I
thought the reasons. Why she never told me about that operation? I won’t
tolerate this anymore. I want to see her, Julia.”
Semakin
celaru otak saya mendengar keluhan lelaki ini. Seakan-akan saya diterjah
persoalan yang datang seperti peluru.“I
don’t understand.” Itu sahaja yang saya mampu katakan.
Lelaki
hampir mencecah separuh abad ini menghulurkan semula sampul yang sekian lama
menjadi misteri pada saya. Dia meminta saya melihatnya pula. Foto-foto yang
agak lusuh itu diamati dengan teliti. Terpampanglah kemesraan sepasang kekasih
yang sedang dilamun cinta. Saya hampir pengsan bila misteri sudah terungkai hanya
menatap semua foto itu.
“Both of you. Lovers.
Engaged. Oh, I, I…no wonder she never told her late best friend’s name because
she never exist. She….” Saya tidak mampu hendak meneruskan
kata-kata. Saya mengeluarkan sebentuk cincin daripada tas tangan. Jari manis saya
tidak muat untuk menyarungnya maka ia dimasukkan ke dalam tali panjang
membentuk rantai berloket.
“That’s the engagement
ring. Why is it with you? Where is she, Julia?”
tanya lelaki ini semakin mendesak melihat cincin itu di atas telapak tangan
saya yang kini disua di hadapan mukanya. Dia menyambut cincin itu dengan wajah
penuh tanda tanya.
“Anggun, my beloved aunty
has passed away last May, Uncle Stefan. She said to show it to you after I told
you the whole love story. Now, I believe this must be given back to you,”
bisik saya menunduk.
Stefan,
kekasih mak su, yang pernah menjadi tunangannya satu masa dulu hanya tertunduk
Bahunya terenjot-enjot atas sebab tangisan yang bertambah syahdu. “She kept her promise. It’s her way of
telling that she always love me. And I’ve tried. I’ve tried to move on. I did
married Sophie. We have a daughter. But, Sophie always knew that I never love
her. She left when our daughter barely one year old.”
Sambungnya
lagi, “Attraversimio. I’ve tried to cross
over, but I can’t. And I guess she can’t too, can she?”
Saya
mengiyakan dengan satu anggukan lemah. ‘Terima kasih, Mak Su. Julia faham
sekarang apa itu cinta sejati’ bisik saya. Sayu menyelubungi dan tekad saya
untuk seketika mahu menemani lelaki ini yang tenggelam dalam walang dan rindu
yang tidak berpenghujung.
***** TAMAT *****
Comments
Post a Comment