Ulasan Buku | KEKOK oleh Akif Basri

 


Teori Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner

Conversational Narcissism oleh Charles Derber (The Pursuit of Attention: Power and Ego in Everyday Life)

Kajian dalam European Proceedings of Social and Behavioral Sciences mendapati Melayu, Cina dan India di Malaysia mentafsir emoji dengan cara yang berbeza.

Parenthetical Expression merupakan perkataan separa vokal (subvocal) yang menggambarkan pemikiran dan perasaan.

Voice Accententuation adalah penggunaan huruf besar, font tebal, tanda bintang, warna teks dan lain-lain tanda untuk meletakkan penekanan vokal pada kata atau frasa tertentu.

Psikologi di sebalik Ghosting

Online Disinhibition Effect (ODE) ialah satu terma yang bermaksud pengurangan rencatan atau kekangan psikologi yang mengawal tingkah laku manusia di alam siber.

***
Perkara-perkara yang saya tampilkan di atas terutama frasa yang ditebalkan adalah sebahagian tarikan yang mendorong saya untuk membuat pembacaan lanjutan kelak.

Sudut pandang saya sepanjang pembacaan buku ini terbahagi kepada dua:

"Bagaimana kalau aku membacanya sebagai orang awam yang mahukan panduan kemahiran mendengar? Adakah ia akan membantu?"

Kemudian, sudut pandang saya bertukar sebagai kaunselor pelatih pula iaitu

"Adakah buku ini membantu diriku dalam menuju menjadi seorang kaunselor terlatih kelak?"

Jawapan untuk soalan pertama, "Ya, setiap orang boleh merujuk buku ini sebagai panduan untuk meningkatkan kemahiran mendengar."

Jawapan untuk soalan kedua, "Walau ada istilah dan penerangan yang diberikan sudah 'familiar' selama mana saya masih dalam pengajian, masih ada beberapa perkara yang saya temukan yang banyak membantu.

Saya tersenyum sewaktu membaca topik Tingkap JoHari sebab sudah lama tidak mendengari umum berbincang perkara paling asas untuk memahami manusia dalam aspek perhubungan dan membentuk saluran komunikasi yang lebih baik.

Lagipun, tuhan beri kita 2 telinga, 1 mulut. Petandanya diam itu adalah lebih baik dan gandakan kemahiran sebagai pendengar. Justeru, sifat empati lekat dalam keperibadian kita. Langkah-langkah yang dihuraikan berserta contoh praktikal diaplikasikan.
Terima kasih kepada pengarang buku ini walau olahannya santai tetap padat info.
Disekalikan contoh yang kebiasaan berlaku dalam konteks komunikasi siber menepati suasana semasa dan praktikal untuk diterap sebagai amalan berkait perhubungan dan komunikasi.
Sedikit sebanyak sebagai persediaan saya memandangkan kaunseling secara dalam talian sudah kelaziman di negara luar. Ia akan menjadi sesuatu yang bukan lagi kekok di Malaysia.
Pada masa yang sama saya berharapan agar aspek kaunseling di Malaysia beransur berubah bersesuaian dengan keadaan semasa merangkumi undang-undang dan etika serta penerimaan menyeluruh segenap lapisan masyarakat.

Comments