Dalam lingkungan usia pra-persekolahan, anak-anak semakin menggemari anda bercerita daripada buku kepadanya. Pengalaman momen berkait dengan proses membaca kian kukuh. Ini penting kerana ia sebahagian kemahiran awak membaca. Apa yang anda boleh terus lakukan adalah seperti berikut:
1. Pendedahan dalam suasana yang bervariasi. Bawa anak-anak ke ladang, muzium, kebun, taman haiwan, pusat sains dan sebagainya. Sebelum dan selepas ke tempat tersebut, ajak anak-anak untuk mendapatkan maklumat sama ada melalui buku atau di laman web. Secara tidak langsung mendidik salah satu kemahiran membaca iaitu bagaimana mendapatkan maklumat.
2. Usia yang sesuai untuk diajarkan kemahiran membaca seperti mengeja, sebutan fonik dan sebagainya. Bina keyakinan anak-anak dengan galakkan mereka membaca sendiri.
3. Kebiasaan dan kelaziman. Ibu bapa memerlukan kesabaran sekiranya anak anda cenderung mengulang baca buku yang sama. Konsisten menunjukkan minat mereka kian dipupuk. Beransur mencadangkan buku yang baharu menurut progres anak dari segi pembelajaran dan juga minat mereka.
4. Anda boleh bernansur memperkenalkan buku cerita yang lebih kompleks dan lebih banyak teks. Ini dapat meningkatkan kemahiran fokus.
5. Adakan sesi berdiskusi selepas sesi membaca. Selain menajamkan skil kefahaman, anak-anak juga dapat membentuk kecerdasan emosi. Sebagai contoh, tanyakan soalan bagaimana anak bertindak jika dirinya adalah salah satu watak dalam cerita tersebut. Jika anak tidak berupaya memberikan jawapan, anda boleh sediakan beberapa pilihan jawapan dan berinya peluang memilih dengan diminta alasannya kenapa jawapan itu yang dipilih.
Semoga anda dan anak-anak tekun menelusuri dunia membaca dan menjadi seorang Bibliofil yang berkarisma.
Comments
Post a Comment