Buku ini berat. Bukan berat berdasarkan ketebalan kertasnya tapi sarat dengan lontaran pandangan penulisnya mengenai apa yang terjadi pada manusia zaman sekarang. Konsep muhasabah menggunakan cermin kanan, kiri, depan, dan belakang ni amat menarik untuk menghuraikan sesuatu isu dengan perspektif berlainan.
.
Ustaz Hasrizal mengetengahkan contoh peristiwa bersejarah yang ikonik untuk dijadikan rujukan pada permasalahan kini. Apa yang menarik olahan beliau yang berisi dengan ayat yang mudah hadam. Namun, tetap membuatkan kita mahu tahu lebih lanjut akan beberapa isu seputar yang mengajak kita sama berfikir lebih kritis.
.
Antara topik yang saya suka telah diulas dengan baik;
• Jerebu: Bencana Dukhan dan Amaran Tuhan
• Ibrah Kisah Musa dan Khidir: Belajar Bahasa dan Berbahasa
• Hellen Keller: Rontaan Akal Mencari Makna
• Bertaklid Buta dalam Menyukai dan Membenci
• Apabila Ada Jawapan Untuk Semua Soalan
• Jenayah Pedofilia: Sudah Bersediakah Kita?
• Sekolah Integrasi yang Tidak Berintegrasi
• Menginsafi Gejala Menyalahgunakan Nas
.
Dan… banyak lagi sebenarnya topik yang menarik yang harus dibaca. Ada banyak perkara yang saya tidak tahu telah saya temukan menerusi pembacaan buku ini. Justeru, saya menyarankan ia disenaraikan sebagai salah sebuah buku harus baca untuk tahun ini. Lebih tepat, dalam masa terdekat ini.
Comments
Post a Comment