Bagaimana Saya Dapatkan Bentuk Badan Ideal

 

Cara saya dapatkan semula bentuk badan ideal ialah...

Kata kekuncinya DISIPLIN. Bermula nekad dan keazaman itulah dengan logik akal, "Kalau aku dah beranak 3 pun boleh kurus, takkan tak boleh kurus seperti dulu-dulu?"
Lalu itulah gambar 2012, saya jadikan sebab set target saya. Masa ni anak bongsu berusia setahun dan saya pun baru berhenti kerja sepenuh masa untuk jadi Work-At-Home-Mom.
.
Tahun 2014, saya didiagnos 'severe slip disc' (L3, L4, L5 - salah satu disc terkoyak) mengakibatkan pergerakan saya terbatas. Sehinggakan saya perlu memakai korset khas, tidak dibenarkan buat kerja rumah seperti menyapu & mengemop jauh sekali melasak. Menusuk jantung dan berdesing telinga bila Fisioterapis kata begini pada saya,"Nak cepat pulih, kena turunkan berat badan. Tapi sekarang fokus untuk pulih dahulu."
Selain rawatan fisio, saya juga buat rawatan chiropractor.
.
Tahun 2018 paling bam-bam tu saya dah beransur normal seperti sedia kala cuma slip disc tu cepat menyerang kalau saya tak berhati-hati dengan pergerakan. Duduk lama tak boleh, berdiri lama tak boleh, serba salah dibuatnya. Saya dah beransur bersenam tetapi seperti tidak nampak sangat penurunannya. Muka pun bulat, tulang pipi, dagu dan leher pun hilang.
.
Sehinggalah awal 2019, saya mulakan Intermittent Fasting dan teruskan bersenam.
Sehingga ke hari ini, amalan saya untuk kekal sihat dan cergas dan 'maintain' bentuk tubuh idaman saya:
1) Bersenam 3-4 kali seminggu dengan weigh + Menari hentam keromo janji keluar peluh
2) Hampir setiap hari Intermittent Fasting antara tempoh 14 ke 16 jam. Sekali sekala ke laut juga.
3) Aromaterapi. Memang sapu Slimming Oil buatan sendiri.
4) Kurangkan pengambilan karbohidrat & gula. Pun begitu, masa stress tu, aduhai, kek dan aiskrim juga yang saya cari.
5) Banyakkan minuman jus buah (terutama gabungan daun saderi + epal hijau + timun) dan makan buah dan sayur banyak-banyak
6) Memandangkan alang-alang dah bersenam, haruslah bersenam muka sekali. Jadi, saya buat Face Yoga juga.
.
Sebabkan saya sayang buah pinggang saya, maka saya tidak mengambil sebarang ubat kurus. Biarlah lambat progresnya, yang penting, saya sihat, tidak turun berat badan mendadak yang boleh memudaratkan keseimbangan tubuh dan konsisten. Saya dapati sejak ber-IF ni, kulit pun lagi bersih dan nafsu makan turun.
Itu sahaja yang mahu saya kongsikan.

Comments