Penulis bermula mengarang buku ini selepas beberapa hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat pertama kali sekitar bulan Mac 2020 dan berakhir nukilannya pada 13 April, 2020. Justeru, apa yang dibentangkan dalam buku ini adalah ulasan peristiwa yang berlaku kesan pandemik Covid-19 dalam tempoh tersebut.
.
Ada beberapa isu tular yang saya terlepas ditemukan dalam buku ini. Menerusi kupasan beliau dengan berlandaskan petikan dalam ayat al Quran, beliau menegaskan untuk merujuk pada yang pakar bidang dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita-berita palsu yang diragui kesahihannya.
.
Isu masjid ditutup, beberapa potongan doa hindar wabak yang dikatakan ada di antaranya tidak tepat maksudnya, ada cara mengundang malaikat ke rumah, ada cara mengusir syaitan dari rumah, ada isu mimpi bertemu Nabi lalu Baginda menyarankan sumac sebagai ubat, ada cadangan merawat dengan pokok semambu, ada dakwaan produk pensanitasi tangan yang diruqyah dan ada cerita nujum angka 3 3333 pada 3 April 2020 adalah antara cerita-cerita boleh diketahui di sini.
.
Saya kira walau buku ini tidak merangkumi peristiwa lain selepas tarikh buku ini siap namun pandemik masih melanda, nasihat, panduan dan ulasan penulis masih relevan ke hari ini apabila sekali lagi majoriti melalui perintah kawalan pergerakan. Bersyarat atau tidak, apa yang penting, ambil iktibar apa yang sedang berlaku dan seperti saranan penulis, inilah masanya untuk merapatkan hubungan dalam keluarga, mengisi masa untuk bekalan akhirat seperti banyakkan beribadat dan memperbanyakkan bacaan al-Quran dan menyelami kandungannya untuk dijadikan amalan hidup.
.
Bacaan tamat pada 14.01.2021
Comments
Post a Comment