"Kreativiti bagai intan yang terbenam dalam lumpur. Ia perlu digilap. Anda memilikinya dan apa yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti kelebihan sendiri. Dengannya anda boleh menuju ke puncak asalkan anda tak jemu berusaha."
- Hizairi Othman
Ke mana hilangnya insan bernama Hizairi Othman, anakanda Allahyarham Dr Othman Puteh?
Saya pernah memiliki buku ini dan berkesudahan hilang entah ke mana sebagaimana satu kehilangan besar dalam dunia sastera apabila penulis ini hilang tidak berjejak.
Pelbagai spekulasi timbul susulan kehilangannya.
Awal remaja enak mengisi masa membaca karya-karya yang terkandung dalam Dewan Siswa dan Nisah Haron, Lily Haslina Nasir, dan Hizairi Othman antara penulis yang dikagumi.
Paling saya tak boleh lupa cerpen Hizairi berjudul Kiub, Kuboid dan Sfera mengisahkan dua puak yang bertelagah yang akhirnya terbongkar angkara satu puak lagi yang sengaja menghantuk-hantukkan dua puak yang bermusuhan ini.
Berapa umur Hizairi Othman sekarang? Awal 50-an, barangkali.
Hanya tuhan yang Maha Esa ada jawapan misteri kehilangan penulis unik ini.
P/S: Sedih mengenangkan tiada lagi karya beliau untuk dibaca.
Comments
Post a Comment