Hari Ke-37 / PKP3 9H - 23.4.2020
1. Mengalami Reader's Block berminggu lamanya. Kadar membaca terlalu perlahan hingga adakalanya banyak hari tidak membaca. Setelah meluahkan di FB, rupa-rupanya ramai juga yang mengalami sindrom ini. Terubat dengan pembacaan novel interaktif 'Di Kala Bulan Bermain Biola' (Wan Nor Azriq) dan banyak berpeleseran di grup sebelah. Mencuba kelainan genre kali ini dengan projek bacaan bulan Ramadan. Tak sabar menunggu beberapa buah buku yang baru dibeli.
.
2. #triplehboys banyak membantu urusan di rumah, alhamdulillah...makin depa cekap menyiapkan bahan untuk memasak. Tak ada depa ni, hemmm... mengharungi PKP ni tak boleh nak bayangkan macam mana. I got my strength from them (at times I go crazy by them too. Boys always be boys)
.
3. Ongoing studying via online goes well for #triplehboys. Terutama Hazlami yang setiap hari kena banyak buat hafazan & Hanafi juga.
.
4. Diuji dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran, laptop kaput. Bertahan dengan alternatif lain. Sepanjang tempoh ini, tiba-tiba berpuitis pula walhal noob sangat pasal puisi. Boleh dipelajari dan diminati, bukan?
.
5. Dapat siapkan 8 lukisan cetusan rasa
.
6. Rupa-rupanya tak silap langkah subscribe Netflix awal tahun ini. Bukan kaki menonton (pemilihan filem & drama terhad menurut kegemaran) tapi dapat juga dimanfaatkan seisi keluarga. Ada filem & drama menjadi topik bualan dengan anak-anak. Ada juga yang mencetus ilham untuk pelbagai perkara.
.
7. Membantu apabila berada dalam grup-grup yang saling mendorong. Pada kenalan yang bikin kepala pusing, kita jauhkan diri. Social distancing ini juga mendidik diri untuk menyusun hal mana yang memberi keutamaan.
.
8. Tidak dinafikan, ada kalanya rimas, hilang minat, rasa tertekan, bosan, penat mendatangi. Apatah lagi mengenangkan banyak perancangan tergendala. Jurnal yang biasanya dicatat secara konsisten menurut bulanan & mingguan tampak kosong. Beransur menerima perubahan dengan norma baharu & pendekatan baharu. Perspektif berubah sama sekali. Tinggal lagi pelaksanaan.
.
Rasanya, cukuplah 8 poin. Mengubah sudut pandang tentang Covid-19. PKP, netizen, media sosial & dunia secara amnya, kita bertambah kenal diri kita dan orang-orang yang disayangi dan masyarakat secara keseluruhannya.
Comments
Post a Comment