Tuhan aturkan perjalanan hidup sungguh cantik, bukan?
Adakalanya keputusan yang kita buat sekarang tidak nampak hasilnya sesegera yang kita mahu. Boleh jadi makan hari, makan bulan, makan tahun.
.
Adakalanya keputusan yang kita buat sekarang tidak nampak hasilnya sesegera yang kita mahu. Boleh jadi makan hari, makan bulan, makan tahun.
.
Refleksi PKP setelah 22 hari, saya berterima kasih pada diri sendiri tentang 2 perkara.
Tentang bekerja sendiri.
Tentang pendekatan minimalis untuk hidup.
.
Rupanya, tuhan gerakkan hati saya untuk buat 2 perkara ini yang mengambil masa bertahun lamanya untuk nampak sesuatu di situ.
Semestinya ada suara bantahan bila saya buat keputusan berhenti kerja sepenuh masa tapi hati saya sudah tiada di situ.
Ia bukanlah satu kejutan minda dan emosi untuk tetap duduk setempat setiap hari.
Resah tetap resah tetapi bekerja dari rumah bukanlah perkara baharu. Resah itu bila tidak dapat beriadah di luar, itu sahaja.
Kemudian, hidup serba sederhana.
Sebelum munculnya Marie Kondo dan 'kultusnya' ðŸ¤ðŸ˜‰
kami seisi keluarga memang hidup ala kadar, bermula dari makan, Pendidikan, hiburan dan riadah dan apa yang diperlukan dalam hidup.
.
"Rumah ini langsung tak ada bunga," tegur arwah ibu ketika datang berziarah kali pertama selepas baru sahaja berpindah.
Jawab saya, "Buat simpan habuk jer, letak bunga hiasan."
"Buku banyak-banyak tu tak kumpul habuk?" Mata ibu ditala pada rak buku yang sarat.
"Benda suka, rajinlah sapu habuk."
Jadi, hidup hanya dikelilingi benda yang diperlukan dan memberi kegembiraan yang bermanfaat.
Tiada remeh-temeh atau renyah mencuri masa.
Hidup pun bukan untuk orang lain tapi diri sendiri, orang-orang disayangi dan tanggung jawab yang dipikul.
.
Ambil masa refleksi setiap sesuatu yang berlaku.
Adakah kita lebih suka diberi kejutan tidak terpikul atau kita bersedia untuk sebarang kemungkinan?
Comments
Post a Comment