Obsesi pada buku punca saya mula melukis.


Dahulu saya tak suka melukis dan beranggapan tidak berbakat dalam seni lukisan.
Sehinggalah satu hari ketika di sekolah menengah, sebuah lukisan saya iaitu seekor angsa di tasik dengan bayang-bayangnya dipilih untuk dipamerkan di dinding belakang kelas. Mana saya tidak terkejut sebab ia dilukis sambil lewa.
Susulan itu, sebuah lukisan pandangan dua tona iaitu hitam putih dan berwarna, dengan saya memilih melukis tiang balkoni rumah mak abah, dipamerkan dalam bilik lukisan sekolah sepanjang Minggu Kesenian.

Saya berubah fikiran. Memandangkan saya sangat meminati karya bersiri remaja Sweet Valley Twins dan Sweet Valley High tulisan Francine Pascal, satu hari setelah puas menatap kaver buku-buku ini, saya pilih beberapa buku untuk dijadikan latihan melukis.


Tahun 1991. Lama sungguh usia lukisan-lukisan ini. Ada kalanya terbit kekesalan kerana tidak bersungguh menerokai bidang seni lukisan bila mana saya tidak mendapat galakan daripada sesiapa. Jauh sekali memikirkan untuk dijadikan kerjaya. Sekadar hobi masa lapang.

Comments