Masa kecil-kecil dulu, saya kerap jatuh sakit. Selalu dijangkiti demam, selsema, batuk. Pernah ditahan di wad kerana jangkitan paru-paru.
Saya masih ingat lagi saranan doktor pada arwah Abah untuk saya menjalani pembedahan kecil membuang tonsil. Kata doktor, rongga kerongkong saya kecil dan mudah bengkak, penyebab saya mudah sakit tekak.
Abah daftarkan saya tae kwan do, dengan niat aktiviti kecergasan fizikal akan kuatkan badan saya. Tapi tak lama saya meneruskan latihan sukan pertahanan diri ini. Tapi yang nyata, saya semakin kuat dan jarang jatuh sakit.
Saya mula aktif dan mula bersukan sepanjang alam persekolahan.
Ketara bersukan banyak membantu saya lebih sihat.
Masuk alam pekerjaan, tak bersukan, tapi saya teruskan bersenam dengan konsisten.
Diakui ada satu-satu fasa saya lama tak bersenam, faktor masa setelah bergelar ibu cuba nenyeimbangi dengan kerja antara punca pertambahan berat badan.
Bila saya kembali bersenam seperti sedia kala seiring dengan pemakanan yang seimbang, (dengan izin Allah) saya jarang sakit.
Hari ini saya demam sejak malam tadi setelah bertahan sedaya boleh PKP.
Tidak melasak di luar, boleh jadi saya bertambah stres dan akhirnya tewas.
Saya tak boleh tak bersenam. Rasa badan lemau kalau ditinggalkan dalam tempoh lama. Tapi, sedang sakit ni haruslah tangguh dulu.
Comments
Post a Comment