TIP INTERMITTENT FASTING




Mudahkah seorang yang suka makan seperti saya untuk kekal konsisten melakukan 'Intermittent Fasting'(IF) sepanjang setahun lalu?

.
Mari saya kongsikan alkisahnya.
Mula buat IF: Januari 2019
Jumlah penurunan kilogram terkini: 7 kilo
.
Sebelum memulakan IF, saya tidak meletakkan sebarang sasaran berapa berat tubuh mahu dikurangkan. Sebaliknya, bersandarkan pada gambar lama (rujuk gambar TARGET), ikut perkiraan logik akal, jika saya berjaya kembali kepada bentuk tubuh sedemikian selepas 10 tahun, sayalah wanita paling bahagia . Lihat gambar terkini, adakah sudah mencapai sasaran?
.
Cara:
Pada peringkat awal antara satu ke 2 bulan, dugaan memulakan IF besar. Saya bermula dengan bentuk tubuh kecil sedikit daripada gambar BEFORE (itulah paling 'bam bam' pernah dilalui seumur hidup ðŸ¤­). Mula berpuasa dari pukul 10 malam hingga pukul 12 tengah hari keesokan harinya. Ini bermakna nisbah 14:10 (puasa:makan)
Sepanjang puasa, tidak boleh makan, hanya minum air tidak bergula. Memandangkan saya sejenis yang mesti bersarapan, apatah lagi memerlukan secangkir kopi O panas kaw kaw, tahap cranky terpaksa melupakan minuman kegemaran itu rasa macam nak makan orang. Perut rasa seperti mengalami gastrik.
.
Selepas lebih daripada seminggu, tubuh mula menerima perubahan dengan baik, cranky hilang dan saya teruskan selama sebulan. Ketika berbuka IF, saya makan sahaja seperti menu harian yang kelaziman. Dan dalam tempoh ini juga saya mencuba Keto Diet (gugel saja  )
.
Bulan seterusnya, saya tambahkan nisbah IF kepada 16:8 (puasa:makan) bermula pukul 9 malam sehingga pukul 1 tengah hari keesokan harinya. IF dilakukan selama 5 hari dalam seminggu. 2 hari tidak ber-IF, dinamakan 'Cheat Day' jadi bolehlah makan seperti sebelum ini, 3x sehari (sarapan, tengah hari & malam) dan jika kepingin makan makanan yang dielakkan seperti dessert, bolehlah ambil sedikit pada hari Cheat Day ber-ala kadar melepas rindu, ahahaha. Harus kawal diri ya hari Cheat Day, jangan sebab Cheat Day, balun segala tak berhenti makan. Sia-sia 5 hari IF sebelum tu.
.
Memandangkan saya tahu kelemahan saya adalah bab makan dan tidaklah rajin ber-Keto Diet, untuk pastikan berat 'maintain', saya bersenam secara purata 3 kali seminggu selama sejam. Saya bersenam guna pemberat (weigh). Lagipun, saya memang sejenis suka bersenam. Kalau lama tak bersenam, rasa badan lemau.
.
Jujurnya, cara saya ber-IF ini agak santai dan tidak memaksa. Jadi ia sedikit memakan masa. Jika kalian mahu penurunan berat badan cepat, Keto Diet dan bersenam disekalikan dengan IF, memang cepat perubahannya. Ini apa yang saya perhatikan pada mereka yang disiplin dalam ber-IF.
.
Kesan ketara IF:
** Dek nafsu makan adakalanya sukar dikawal, kekadang dalam beberapa hari tidak ber-IF, pertambahan berat itu seperti tiada walau banyak makan. Maknanya berat maintain dan konsisten (susah naik) walau ngelat IF. Dengan syarat telah lama ber-IF.
** Jujurnya, saya tidaklah kuat makan seperti dolu-dolu lagi dah. Boleh kawal dengan baik. Sekali sekala saja lepas geram.
** Reverse ageing (errmmm gambar-gambar saya tu, kalian nilaikanlah sendiri)
** Metabolisma meningkat walau faktor usia terutamanya untuk kaum wanita dengan perubahan hormon penyebab sukar untuk kurus, bukan? Jadi, IF ini tidak drastik kepada fisiologi tubuh dan perubahan tubuh sekata dan maintain.
.
Nota sisi: Sejak Januari 2020, saya turut buat perawatan Lympathic Drainage untuk membantu proses detoksifikasi, pencairan lemak tepu (visceral fat), keseimbangan hormon dan kelancaran aliran darah. Baru buat 5 kali. Ia tidak melihatkan kesan ketara pada berat badan cuma ia membantu pemantapan otot-otot terutama pada anggota tubuh yang sukar untuk 'tone-up'
.
Faktor usia dan kadar metabolisma rendah adalah penghalang untuk saya benar-benar dapat bentuk tubuh ideal sebelum ini. Walhal dalam tempoh tahun-tahun sebelum ber-IF saya bersenam tapi tetap gagal untuk kurus.Tapi setelah setahun melakukan IF dan nampak hasilnya, insyaAllah akan diteruskan, nisbah 16:8 berselang seli dengan puasa penuh. Senaman? Mestilah. Saya suka bersenam. Sudah menjadi kelaziman dan tidak lagi membebankan.

Comments