Habis Madu Sepah Dibuang



Saya takkan lupakan seorang kawan

Walau terputus hubungan, kisah pergelutan hidupnya diingati menjadi teladan
Jarak usia sekitar 20 tahun tidak menjadi persoalan 
Untuk saya dan dirinya satu masa dahulu berhubung saban hari
Saya suka membaca coretan blog yang selalu dikemaskini
Ada masa dia bercerita tentang aktiviti sosialnya, aktiviti kemasyarakatan bersama rakan baik dan kadangkala hal anak-anaknya
Satu sebab ketara membuatkan saya suka menyinggah di blognya ialah kisah fiksyen yang ditulis
Dia berblog dalam bahasa Inggeris
Akhirnya satu pertemuan sesama kami bloggers dibuat dan itulah kali pertama dan kali terakhir saya bertemunya
Dalam ramai-ramai tu, saya yang termuda, baru dua orang anak masa tu.
Sebagaimana keramahannya dalam blog, bila sudah bertentang mata, keramahannya lebih menyerlah
Satu hari
Entri blognya mengejutkan ramai pihak termasuk saya
DIa memaklumkan sudah berpisah dengan suaminya dan perkahwinan yang dibina beberapa dekad lamanya runtuh
Anak-anak sudah besar 
Si bongsu pun sudah hampir tamat pengajian di IPT
Dan dia sudah menerima menantu sulung
Maklumnya lagi, hatinya amat lapang melepaskan kemelut yang sekian lama ditanggung
Tiada apa yang mahu dikejar kerana matlamat hidup sudah selesai apabila melihat anak-anak sudah ada kehidupan sendiri
Bekas suami beristeri baru dan mereka masih berhubung baik demi anak-anak
Terlihat foto mereka satu keluarga di hari persandingan anak walau sudah tiada ikatan
Kisah fiksyen yang dikongsinya bersama rakan blogger
Merupakan kisah suami yang curang ada perempuan simpanan dan bagaimana sang isteri terpaksa bertahan berpuluh tahun lamanya menjeruk rasa
Perjalanan rantaian novella itu hidup dan asyik dibaca penuh emosi membuatkan kita tak sabar menunggu sambungannya
Kita boleh buat pelbagai andaian tetapi empunya diri yang lebih tahu kerana dia yang melaluinya
Begitulah seorang perempuan
Hatinya kental mengharungi
Diri sendiri sudah tidak peduli
Kebajikan darah daging lebih bererti
Walau hidupnya 'sepi'

P/S - Dear friend, you will always be in my thoughts and prayers.

Comments