17 Tip FRUGALICIOUS | Langkah Berjimat Tanpa Bebanan

Terjemahan darpada teks asal dalam bahasa Inggeris yang pernah dikongsikan di garis masa FB pada 1 Februari 2017

1. Menabung. Hanya di penghujung tahun, tukarkan wang yang disimpan kepada wang untuk tabung kecemasan, pelaburan dan simpanan di bank. Atau, untuk percutian.
2. Buat sendiri bahan pencuci yang mesra alam.
3. Masak juadah satu bekas (one-pot meal) yang mengandungi semua keperluan nutrisi daripada masak pelbagai jenis hidangan.
4. Tahu di mana jualan murah akan berlangsung dan menyenaraikan keperluan apa yang dicari.
5. Tanam sendiri sayur-sayuran.
6. Simpan stok yang dibeli ketika jualan murah jika ia merupakan barang keperluan yang kerap diguna seisi rumah.
7. Ajar anak-anak untuk berdikit. Sebagai contoh, tunjukkan banyak mana sabun dan ubat gigi yang diperlukan untuk sekali guna.
8. Lawati lokasi berunsur alam untuk aktiviti anak-anak yang tidak memerlukan belanja besar.
9. Elakkan kerap ke pasar untuk membeli bahan asas masakan dan keperluan harian
10. Buat sendiri makanan bayi. Buat sendiri makanan harian. Bawa bekal daripada membeli.
11. Mulakan sistem sampul duit di mana anda agihkan jumlah pendapatan kepada beberapa jenis perbelanjaan. Ini bagi mengelak anda tidak berbelanja daripada sepatutnya.
12.  Beli tuala mikrofiber yang boleh diguna semula berulang kali. Elak guna tisu, tuala dapur pakai buang dan tuala tandas yang mengganggu ekosistem
13. Baju abang dan kakak yang masih elok pun boleh dijadikan pakaian basahan adik-adik. (Hands-me-down)
14. Bawa bekal air dan makanan bila keluar berrekreasi dengan anak-anak.
15. Jualan garaj, kedai barangan terpakai, pasar lambak dan laman web seperti carousell.my boleh menjimatkan sedikit wang ringgit anda.
16. Sertai peraduan dan pertandingan.
17. Pembelian secara berkumpulan bersama rakan-rakan yang sealiran minat berupaya mendapat harga pukal daripada pengedar kerana kuantiti tempahan dalam jumlah besar. Pakat-pakatlah bersama rakan untuk sama-sama memborong.

Comments