Artikel ini pernah disiarkan di majalah online ILuvIslam (http://iluvislam.my) sekitar Julai 2017
Otak
manusia menggunakan dua puluh lima peratus daripada oksigen yang terdapat dalam
badan. Adakalanya sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang mencukupi
kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekaligus melawan tekanan
graviti.
Ketika
sujud, umat Islam meletakkan kepala mereka ke bumi dan dalam keadaan begini,
jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala. Ia memudahkan darah
turun ke otak dibantu oleh tekanan graviti.
Peter
Russell dalam bukunya, ‘The Brain Book’ berpendapat, “Otak manusia beroperasi tujuh
peratus lebih cepat dan empat belas peratus lebih tepat dalam keadaan kepala
mereka ke bawah atau inverted.
Merujuk
artikel ‘Chronic Pain: Exercise can bring
relief’ di laman web mayoclinic.com,
pakar-pakar berhujah bahawa senaman secara berterusan adalah penting untuk
kesihatan sendi. Senaman juga mampu mengurangkan sakit dan merangsang
pengeluaran hormon endorfin yang berfungsi mengurangkan rasa sakit. Solat sememangnya
bermanfaat kerana ia menggerakkan sendi-sendi badan termasuk tangan dan kaki
secara sederhana.
Pada
tahun 1967, Professor Dr. Herbert Benson daripada Fakulti Perubatan Harvard
membuat kajian ke atas tiga puluh enam orang yang bermeditasi. Dapatan kajian
menunjukkan mereka menggunakan oksigen tujuh belas peratus lebih rendah
daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih perlahan
daripada kelaziman dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelas.
Gelombang
theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang
amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Kajian yang melibatkan sembilan
puluh orang pesakit kanser yang telah melakukan meditasi selama tujuh minggu ini,
menemukan para pesakit didapati kurang masalah kesugulan, keresahan dan
kemarahan. Mereka lebih bertenaga, sakit jantung menurun serta masalah pada
sistem penghadaman berkurangan. Kajian ini telah diterbitkan dalam majalah Psychosomatic Medicine pada tahun 2000.
Solat
serta zikir yang kusyuk boleh diibaratkan seperti bermeditasi yang melebihi
meditasi biasa. Maksudnya di sini tampak unsur-unsur meditasi cuma di dalam
Islam ia dilakukan sebagai satu ibadah.
Bagaimana
pula halnya kaitan manfaat solat pada ibu hamil?
Pakar
‘Fetal Positioning’ & Bidan Profesional mengiktiraf kedudukan Forward Leaning Inversion (FLI) iatu
bersujud adalah bagus diamalkan ibu mengandung. Antara sebabnya:
· Keseimbangan. Objektif kekerapan FLI setiap
hari untuk membebaskan urat tersimpul, ketat dan memaksimumkan kapasiti janin
di dalam rahim. Ia turut memberi ruang untuk bayi memasukkan kepalanya dalam
rongga saluran pelahiran bila sudah tiba masanya bayi dilahirkan.
· Teknik solusi untuk bayi songsang, lebih
efektif dilakukan awal sebelum bayi melebihi tiga puluh enam minggu ke atas. Namun,
jangan putus asa, masih ada ruang dan peluang kedudukan janin songsang berubah.
· Kedudukan ini juga telah memperlihatkan kesan
dramatik untuk janin berkedudukan melintang dalam rahim berubah.
Jadi,
kenapa tidak memperbanyakkan sahaja solat dan sujud lebih lama dengan bacaan
sunat dan doa meminta pada Yang Maha Mengetahui?
Posisi
rukuk’ pada sudut sembilan puluh darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan
boleh digunakan sebagai terapi untuk menurunkan dan memulihkan sakit pinggang.
Bukankah ibu-ibu hamil mudah dapat sakit pinggang? Jadi ini antara cara merawat
sakit pinggang tersebut.
Pelupa
sinonim dengan ibu hamil gara-gara peningkatan hormon progesteron. Menurut
beberapa kajian, otak didapati mengeluarkan gelombang alpha yang agak jelas
ketika sujud dan jalur frekuensi gelombang gamma selepas solat adalah lebih
tinggi berbanding sebelum solat. Fenomena ini bermaksud penumpuan dan daya
ingatan meningkat ke atas mereka yang bersolat dengan penuh kusyuk.
Gementar
untuk mengharungi proses bersalin adalah isu lazim bagi mana-mana ibu yang
bakal melahirkan. Antara saranan ialah mengaktifkan hormon gembira endorfin
bagi menurunkan aras cemas dan gelisah ini. Telah dinyatakan senaman ringan
yang terbit dari pergerakan kaki dan tangan semasa ibadah solat mampu
merembeskan hormon yang membantu ibu menjelang pelahiran.
Kekusyukan
dalam solat yang sinonim dengan unsur meditasi telah terbukti mampu memperbaiki
emosi yang kurang stabil. Ibu-ibu yang hamil akan melalui fasa emosi tidak
menentu dek penangan hormon-hormon yang bekerja keras. Bersolatlah bagi
meredakan perasaan yang membelenggu.
SUMBER:
1. Quran
Saintifik – Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains (Dr Danial
Zainal Abidin)
2.
http://spinningbabies.com/learn-more/techniques/the-fantastic-four/forward-leaning-inversion/)
Comments
Post a Comment