Memajukan Melayu Melalui Genetik


Ini adalah sebuah rencana yang ditulis oleh Dr. Rahmat Haroun yang telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, Sabtu 28 Julai 2001. Dr. Rahmat Haroun ialah seorang doktor perubatan di Kuah, Langkawi.
----------------------------------------------------
Fenomena kemunduran Melayu bukan terbatas kepada pencapaian dan sikap mereka terhadap dunia akademik. Ini tidak terhad kepada kaum pelajar Melayu tetapi ia merangkumi setiap bidang yang diceburi oleh insan Melayu umumnya. Orang Melayu diberi dana mengurus bank, bank rugi. Diberi kesempatan mengendalikan syarikat gergasi penerbangan nasional juga rugi, malah diberi keutamaan untuk menerajui korporat nasional dengan pemberian projek-projek mega yang sepatutnya menguntungkan juga gulung tikar dan terpaksa diserahkan kepada kerajaan. Apa yang kita hadapi sekarang harus diteliti melalui pelbagai aspek dan faktor.
Faktor utama ialah genetik. ‘Genotip’ bangsa merupakan pemurnian gen selama lebih 4,000 tahun. Sedangkan genotip Melayu, tidak sampai pun seribu tahun. Perkahwinan saudara mempengaruhi ekspresi gen, lebih cenderung untuk menghasilkan baka yang kurang unggul. Amalan budaya perkahwinan kaum Cina bertentangan dengan kebiasaan orang Melayu yang lebih mementingkan kerabat terdekat. Orang Cina tidak kahwin dengan ‘sheh’ atau surname (marga) yang sama. Stok Melayu menjadi lebih baik apabila ada haploid luaran (sama ada dari India, Eropah mahupun Cina)
Kedua, pemakanan dan pemantapan baka Melayu yang terbahagi kepada tiga peringkat iatu pranatal, pascanatal dan pemakanan peringkat pertumbuhan. Apakah ada makanan bestari yang boleh membuat anak Melayu lebih pintar? Apakah pemakanan yang diamalkan oleh orang Melayu membuat mereka kurang cerdik dan kurang bersaing? Untuk menghasilkan generasi Melayu yang cemerlang, persiapan harus dilaksanakan mulai pada malam konsepsi lagi. Pengumpulan semen suami dalam jumlah yang cukup tinggi sehingga saingan diantara beratus juta spermatozoa yang dikeluarkan oleh lelaki mampu menghasilkan satu spermatozoa juara yang terunggul untuk mempersenyawakan telur wanita.
Seawal lapan minggu selepas kehamilan, saraf pendengaran di susunan saraf pusat otak embrio berkenaan mulai tumbuh dan berkembang.Usaha untuk berkomunikasi sehala dengan embrio tersebut perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri melalui nyanyian, percakapan, membaca ayat suci yang ditujukan kepada rahim ibu.Komunikasi vokal dan verbal ini merangsangkan perkembangan jaringan dendrit sel-sel di otak di segala penjuru otak embrio tersebut. Makin banyak sel-sel otak neuron dan dendrit. makin pintar individu berkenaan kelak. Ukuran kepintaran (IQ) individu berkenaan bergantung pada bilangan neuron yang berjumlah ratusan bilion dan jaringan dendrit yang menghubungi sel-sel otak yang dapat mencapai ribuan trilion dalam satu laluan saraf sahaja. Sayangnya jika tidak dipupuk, jaringan-jaringan tersebut akan musnah dan akan kurang hubung antara sel-sel saraf tersebut, maka kurang pintar orang itu. Dendangkan janin anda dengan alunan muzik kompleks seperti muzik klasik atau perdengarkan ayat-ayat suci dan doa-doa hampir dengan rahim ibunya, nescaya usaha anda untuk menghasilkan bayi yang pintar akan tercapai, insyaallah.
Ibu-ibu yang mengandung harus mengambil makan yang bergizi tinggi dengan makro dan mikro yang seimbang. Di peringkat pascanatal, pemberian susu ibu merupakan suatu keharusan yang mutlak. Dikatakan kanak-kanak yang menerima susu ibu tidak hanya memiliki IQ yang tinggi malah ukuran emosi (EQ) dikatakan lebih mantap kerana sentuhan keibuan memperkukuhkan jaringan antara sel-sel otak untuk menjadi lebih ekstensif dan intensif.
Bayi baru lahir dapat dirangsang otaknya melalui pelbagai pancaindera lain seperti visual, sentuhan, belaian, usapan, pengecapan dan pembauan, Pendekatan perangsangan pancaindera ini bertujuan untuk membina ribuan trilion sambungan antara sel otak unutk IQ dan EQ tinggi.
Membiarkan kanak-kanak demam panas tinggi, meskipun tanpa kejang-kejang memutuskan sambungan yang telah terbina.Apatah lagi terjadi jangkitan sel otak seperti encephalitis dan meningtis, suhu badan yang sangat tinggi dapat mematikan berjuta sel otak dalam satu serangan. Sedangkan kaum Cina mempunyai kedudukan kewangan yang baik di samping kesedaran kesihatan yang jauh lebih tinggi, maka sambungan saraf mereka jauh lebih terpelihara.
Bayi-bayi baru lahir harus cepat dirangsang deria penglihatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni. Mata manusia dapat mengenal sejuta warna.Makin banyak warna yang didedahkan melaui mainan, cat dinding, warna pakaian dan sebagainya, makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dan sekelip mata.
Begitu juga dengan deria kecapan di lidah kanak-kanak, ia perlu diangsang agar mengelak prejudis terhadap makanan tertentu. Deria kecapan di lidah janganlah dibiasakan dengan rasa-rasa asas sahaja seperti manis, masam dan masin sehingga mereka menolak makanan bergizi tinggi.Umpamanya hirisan-hirisan timun, tomato dan buah-buahan diletakkan sahaja di atas lidah untuk diperkenalkan tanpa membenarkan mereka menelan pada bayi-bayi tetapi boleh dikunyah apabila diberikan pada kanak-kanak yang lebih besar. Proses pengenalan boleh diperkukuhkan dengan penyebutan nama bahan meskipun kita berhadapan dengan bayi berusia enam bulan. Berbuat demikian, tidak hanya terakam isyarat melalui syarat pengecapan tetapi terpeta di memori otaknya dan dijangka berkekalan. Ini akan membuat kanak-kanak menjadi gemar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjadi sumber mkro-nutrien dan vitamin yang penting untuk metabolisme otak.
Pemakanan anak-anak Melayu di bawah usia 12 tahun hendaklah diberikan perhatian istimewa. Ternyata pemakanan yang berasaskan kanji atau karbohidrat serta gula berlebihan seperti yang diamalkan oleh orang Melayu mungkin menyebabkan kurang pintar. Kadar protein makanan Melayu biasanya rendah. Banyakkan ikan, daging tanpa lemak, ayam, susu dan lebih penting, banyakkan makanan yang berasaskan produk-produk kacang soya seperti tauhu, tempe dan tofu.

Langkah ketiga, pendidikan prasekolah harus dimulai lebih awal. Secara formal, ia perlu dimulakan pada usia 3 tahun. Sebenarnya, sepertimana yang saya tekankan, pengajaran harus bermula pada masa dalam kandungan lagi secara tidak formal. Kita perlu meninjau perbezaan prasekolah Melayu dan Cina, iatu yang ketara ialah kanak-kanak Melayu diajar abjad rumi mahupun jawi berjumlah 26 sahaja. Sedangkan kanak-kanak Cina diajar tulisan kanji di mana penghafalan ciri-ciri kaligrafinya dapat merangsang lebih banyak rangkaian saraf di peringkat usia muda. Dengan sendirinya di peringkat awal lagi, kanak-kanak Cina didedahkan kepada kompleksiti sedangkan kanak-kanak Melayu kepada simplisiti. Kanak-kanak tadika dikatakan boleh menguasai dan merakam antara 1000-4000 karakter Cina. Ini boleh menumpukan pendalaman dan menambah kepadatan jaringan dendrit antara sel-sel otak.
Keempat ialah sikap orang Melayu baik pelajar mahupun bukan pelajar. Di zaman penjajah dan di peringkat awal pasca kemerdekaan, orang Melayu selalu diperolok-olokkan kerana sikap ‘tidak apa’ mereka. Mungkin ramai yang tidak setuju andainya saya mengatakan sikap dan perangai Melayu itu sebenarnya ekspresi genetik mereka. Melayu itu malas. Cina itu rajin. Suatu generalisasi yang tidak diterima dan yang diterima bergantung kepada siapa kita bertanya. Apakah ciri-ciri rajin versus malas itu terletak pada DNA kromosom atau DNA mitokondria? Buat masa ini masih belum terjawab oleh mana-mana pakar genetik. Kalau kita mengandaikan kerajinan sesorang itu bergantung pada jumlah tenaga (dalam bentuk ATP) yang dimiliki sepanjang hari maka orang Cina diandaikan mempunyai tenaga yang jauh dan berpanjangan daripada orang Melayu.
Sebagai contoh, di sebuah sekolah menengah di Selangor yang mempunyai jumlah pelajar Cina dan Melayu yang seimbang, telah menganjurkan maraton matematik yang dipanggil RelaMath di mana para pelajar dalam masa sebulan disuruh membuat penyelesaian matematik sebanyak mungkin. Pelajar Matematik terbaik Melayu menampilkan sebanyak 300 penyelesaian matematik sedangkan pelajar matematik terbaik Cina mengatasi dengan 8000 penyelesaian. Inilah yang diakatakan kekuatan innate (dalaman, tersembunyi dan sebahagain) sesuatu bangsa yang sudah tentu merupakan manifestasi perlembagaan genetik masing-masing.
Kelima, beberapa aspek budaya Melayu yang negatif perlu ditinggalkan.Budaya Melayu yang lemah-lembut tidak perlu ditonjol-tonjolkan. Barangkali itu merupakan propaganda penjajah yang tidak mahu orang Melayu menentang mereka. Tidak juga saya menyetujui harus kurang ajar. Dalam mengejar kecemerlangan akademik, minda Melayu kerap terpengaruh oleh sebahagian peribahasa Melayu yang negatif. Di dunia akademik kelantangan menyuarakan pendapat atau pandangan yang bernas dianggap suatu kualiti yang terpuji. Sedangkan kebanyakan minda Melayu masih terkongkong dengan peribahasa.’diam diam ubi berisi. Sebab itu pelajar Melayu diam (dalam bidang akademiklah)
Secara bawah sedar, diam itu membawa maksud ‘mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi.’Sebab itu orang luar sukar menilai pantas kemampuan akademik pelajar Melayu sehingga tampaknya seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Sedangkan pelajar Melayu itu berharap seorang penilai itu harus mengorek tanah dahulu untuk mengetahui pelajar itu berisi atau sebaliknya. Diam bermakna berada dalam kawasan selamat.Banyak eksekutif Melayu yang bekerja di bawah pengurus besar atau ketua eksekutif Barat, tidak dapat kenaikan pangkat oleh kerana orang Barat tidak berusaha untuk menggali. Eksekutif bukan Melayu lebih vokal dan menurut ukuran Melayu, mereka lebih menunjuk-nunjuk.
Penampilan dan penonjolan diri bukanlah ciri Melayu yang terpuji. Terdapat psyche (jiwa) pelajar Melayu yang telah terbentuk melalui pendidikan ala madrasah atau sehala. Galilah ubi mereka. Jadikanlah mereka tembikai berkulit durian.
Untuk Melayu jadi cemerlang di dalam pelbagai bidang, tidak ada formula mudah.Untuk mencapai matlamat itu, ia boleh terlaksana dengan mengelakkan perkahwinan kerabat terdekat, meningkatkan komunikasi dengan janin anda, perangsang otak yang optimum, memeperbaiki taraf pemakan prantal, pascanatal dan pada peringkat pertumbuhan, pendidikan bermula seawal dalam kandungan, pendedahan kepada pelbagai bahasa di bawah 5 tahun, peningkatan kadar protein dalam gizi dan mengubah norma-norma Melayu ke arah lebih progresif dan proaktif.



Comments