Cuba pilih alat permainan yang memenuhi salah satu atau lebih baik kesemua kriteria kemahiran yang boleh dipupuk kepada anak-anak.
1. Kemahiran 5 Deria dan Motor Halus: Objek berwarna-warni
yang sesuai untuk jari-jari halus dengan kepelbagaian permukaan seperti lembut,
kasar, licin, berbiji-biji menjadi pilihan. Lebih menarik jika objek mainan
boleh dimanipulasi untuk gerakan tangan bagi kemahiran motor kasar dan halus
seumpama memusing, menggenggam, mencubit, meramas dan sebagainya. 1. Kemahiran 5 Deria dan Motor Halus: Objek berwarna-warni
yang sesuai untuk jari-jari halus dengan kepelbagaian permukaan seperti lembut,
kasar, licin, berbiji-biji menjadi pilihan. Lebih menarik jika objek mainan
boleh dimanipulasi untuk gerakan tangan bagi kemahiran motor kasar dan halus
seumpama memusing, menggenggam, mencubit, meramas dan sebagainya.
2. Kemahiran Berfikir dan Hubungkait (Reasoning): Bayi boleh memahami
objek yang disorok dan objek yang sentiasa terletak di depan mata bilamana satu
tabiat daya ingatan sudah mula dibentuk. Main hide-and-seek, peek-a-book, orang
Melayu kita panggil ba-ba-cak, antara pilihan.
3. Kemahiran Fizikal: Galakkan bayi untuk bergerak kerja melalui tubuh badannya sendiri seperti meregang dan mengelongsor dalam satu-satu aktiviti. Bola adalah alat paling mudah untuk mendorong bayi bergerak dengan banyak. Begitu juga permainan kenderaan, galakkan si anak berkejar-kejar mendapatkan permainan yang sedang bergerak.
4. Kemahiran Interaktif: Apa sahaja alat permainan yang mengeluarkan bunyi
mudah menarik perhatian. Lebih-lebih lagi jika dimanipluasi melalui pergerakan
tertentu sperti goncangan akan mengeluarkan bunyi atau perkataan pendek untuk
kemahiran bahasa juga.
5. Kemahiran Bahasa: Bayi beransur memahami beberapa patah perkataan
seperti ‘Ya’, ‘Tak’, ‘Susu’, ‘Mandi’, ‘Tidur’. PIlihan terbaik ialah permaianan
yang menekankan kemahiran bahasa seperti bila punat-punat tertentu ditekan,
akan mengeluarkan perkataan ringkas dan mudah. Pada usia ini juga, buku dari
fabric, buku plastic lembut sesuai untuk dijadikan pengenalan aktiviti membaca
padanya.
Comments
Post a Comment