Nukilan rasa khas untuk para ibu yang sedang,
akan atau telah menjadi seorang ibu
yang menyusukan anaknya.
Ibu itu akan meleleh air mata gembiranya tatkala menyaksikan anak yang baru dilahirkan boleh menyusu dengan sendiri hampir sempurna buat pertama kalinya.
Ibu itu akan meleleh air matanya tatkala menanggung keperitan akibat bengkak yang dialami pada payudaranya.
Ibu itu akan meleleh air matanya apabila khuatir susunya tidak mencukupi lebih-lebih lagi menerima pandangan orang lain yang boleh menggugat keyakinannya itu yang sebenarnya dia mampu.
Ibu itu akan meleleh air matanya apabila memikirkan demi tugas yang perlu dipikul memaksanya berjauhan dengan anaknya sementelah anaknya masih memerlukan susunya setiap masa.
Ibu itu akan meleleh air matanya apabila diri didorong dengan penuh semangat membara untuk terus menyusukan anaknya dan menyaksikan sendiri penat-jerihnya berbalas dengan anak yang membesar sihat.
Ibu itu akan meleleh air matanya ketika saat dia memerlukan pendorong dan pemahaman dari insan bernama suami untuk memenuhi matlamat susuannya, harapannya itu tidak kesampaian.
Ibu itu akan meleleh air mata gembiranya melihatkan stok susunya cukup untuk hari-hari seterusnya walaupun terpaksa meninggalkan anak di rumah pengasuh.
Ibu itu akan meleleh air matanya tatkala menahan kesakitan akibat gigitan tanpa niat bersebab dari si anak ketika sedang menyusukan tapi perjuangan tetap perlu diteruskan.
Ibu itu akan meleleh air matanya kerana perlu menghadapi pelbagai komplikasi dari pelbagai sudut dalam perjuangan untuk menyusukan anaknya dan dirinya sahaja yang tahu apa yang dilaluinya tapi demi semangat yang teguh, dia terus melangkah.
Ibu itu akan meleleh air matanya kerana kurangnya tidur dan menanggung badan yang sakit-sakit gara-gara memenuhi tuntutan susu daripada si anak.
Ibu itu akan meleleh air matanya apabila menyedari beransur-ansur kurang penghasilan susunya tanda perjalanannya itu akan berakhir.
Ibu itu akan meleleh air matanya apabila terpaksa menerima hakikat bahawasanya satu hari nanti gelaran ibu yang menyusukan anaknya yang disandang satu ketika akan tiada lagi.

Comments
Post a Comment