Dorong Amalan Menabung Pada Anak-anak Menurut Bidalan Melayu




“Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

Ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak. Padamkan angan-angan anak-anak akan menabung jika kita sendiri pun lalai mengamalkannya.

“Melentur buluh, biarlah dari rebung.”
Pada usia anak sudah kenal wang itu bernilai dan sebagai transaksi jual beli, amalan menabung sudah boleh dipupuk. Jangan tunggu anak sudah belia barulah kita mahu mengingatkannya.

“Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.”
Sekaligus sifat sabar, konsisten dan gigih boleh disemai dengan amalan menabung seawal usia kanak-kanak.

“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api, jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”
Sebaik sahaja rakan sebaya memainkan pengaruh besar pada perkembangan jati diri anak-anak, pantaulah dengan siapa anak bersahabat. Lebih bagus menjauhkan diri daripada rakan yang bersifat pemboros dan bermewahan tanpa beringat golongan yang lebih memerlukan.

“Ukur baju di badan sendiri”
Banyak mana harus menabung mestilah mengikut perolehan dan perbelanjaan yang kita mampu beri pada anak. Jangan sampai anak rasa terbeban sehingga tidak mahu berbelanja sepatutnya gara-gara mahu simpan duit sakunya.

Comments