10 Rahsia Semai Hubungan Rapat Dengan Anak-anak



1) Susukan susu ibu selama mungkin. Nak bercerai susu sekalipun, buat cara paling halus, tak perlu beri tekanan pada si anak dan pada si ibu.

2) Tidur dengan mereka selama mungkin. Sungguhpun yang dah besar panjang tu pun cuba tanya, dia nak tidur tak dengan kita misal kata adik dia tiada. Mesti dia angguk malu-malu. Kalau tak satu katil pun, satu bilik, anak tu mesti dah gembira.

3) Suapkan mereka. Ada orang suka nak bagi anak berdikarit, baby-led weaning dan sebagainya. Boleh tapi diselang-seli juga suapan seorang ibu, seorang bapa. Yang dah besar panjang tu pun, akan menganga sahaja mulut kalau disuakan suapan.

4) Mandikan, basuhkan punggung yang kotor tu. Tang ni yang dah besar tu takyahlah, ada jugak batasannya. Esok, lusa, tulat, kita dah tua juga...hemmmm...faham-faham sendirilah ya.

5) Peluk cium tu pun perlu, jangan diabaikan.

6) Tengok kartun (contohnya) bersama-sama anak. Ambil tahu karekter kartun tu kartun ni...errr...walau (tah haper-haper dalam hati cakap, aperlah best sangat cerita ni) sebab mereka mesti menghargai, ooooo...mama dan papa tahulah kartun ni. Selidiki pendapat anak dan kita pun berilah respon sewajarnya.

7) Main dengan anak. Join sekaki main lego contohnya. Be silly!

8) Masukkan mereka dalam dunia kita. Beritahu kita nak pergi mana, nak buat apa, kenapa kita perlu buat itu ini. Walau macam mana rumit ekalipun-lah perkara tu, jangan ingat anak tidak faham. Simple mind of a child boleh buat kita terpegun tau!

9) Tanya pendapat anak. Contoh, "Mana seluar padan dengan baju ni? Yang hitam atau yang biru?" atau "Muka mama comot tak?"


10) Minta maaf bila kita berbuat salah. Kita pun manusia penuh dengan segala kesalahan dan kelemahan. Nobody's perfect.

Comments