1) Tanamkan
rasa kecintaan pada bayi yang baru lahir dengan memastikan pengalaman
melahirkan positif buat bayi, ibu dan ayah seawal fasa kehamilan, tempoh
berpantang dan tahun-tahun awal si anak.
2) Kukuhkan rasa cinta dengan menyusukan anak
selama yang mampu, lebih bagus sehingga anak bercerai susu dengan sendiri
sekitar usia selepas 2 tahun dipenuhi.
3) Seorang ibu yang sihat, terima kasih kerana
mengamalkan tidur bersama-sama anak (co-sleeping) yang baru lahir bagi
memudahkan anak mendapat bekalan susu sentiasa. Ibu kurang risau pada anak jika
tidur berasingan dan melatihnya menjadi ibu yang penyabar. Praktis sehingga
mahir posisi menyusu mengiring kerana ibu masih boleh tidur sambil menyusukan.
4) Dari umur bayi sehingga usia dua tahun,
pupuk hubungan akrab antara ibu dan si anak. Antaranya menggendong
(babywearing) memudahkan kerja-kerja mententeramkan anak dan menjamin
keselamatannya semasa berada di luar rumah.
5) Jangan biarkan anak menangis terlalu lama.
Pantas memberi respon pada emosi seperti sedih dan marah, anak akan lebih rasa
terlindung dan sedar dirinya diberi perhatian oleh orang-orang yang
mengelilinya terutama ayah dan ibu. (nurturing touch)
6) Rangsang deria penglihatan bayi dengan
memperkenalkan warna dan antara cara paling mudah, pemakaian lampin kain moden
(cloth diaper) yang berwarna-warni, boleh diajar anak pola corak dan warna.
7) Keintiman hubungan anak dengan ibu bapanya
boleh dipenuhi dengan memahami lenggok bahasa anak dan bahasa isyarat yang
ditunjukkan. Beransur terapkan rutin aktiviti setiap hari mengikut jadual
konsisten supaya masa anak diisi dengan aktiviti yang mendidik. Anak juga mudah
untuk beradaptasi dan jarang meragam. (baby signing)
8) Hukuman yang tidak setimpal menerapkan
keganasan dan merosakkan hubungan antara anak dengan ibubapanya. (positive
discipline)
9) Beri ruang masa dan kepercayaan untuk anak
memilih dan membuat keputusan walau sekecil mana kita lihat. Contohnya memilih
pakaian dan makanan dengan kawalan dan teladan dari ibu dan bapanya.
10) Anak seharusnya diberi perhatian tidak
berbelah bagi serta pemahaman oleh ibu bapa. Tawakal dan doa mengiringi buat si
anak. Sekolah terbaik sebenarnya dekat dan boleh ditemui di rumah sendiri.
Comments
Post a Comment