Agus mati akal. Dahinya merenik manik peluh. Kedua belah tapak tangan yang terasa lembap dikesat pada napkin kertas. Tala mata berkalih-kalih antara pintu, telefon pintar dan gelasnya yang kosong. Lantas, dia melambai pada pramusaji dan mencapai telefon pintar. Seketika itu juga sosok rakan sebilik menapak ke dalam kafe itu. Perkhabaran baik atau tidak yang dibawa oleh Bidin itu yang membuat Agus tidak senang duduk sedari melangut di situ. “Dia setuju?” Agus tidak menunggu Bidin memesan apa-apa terus bertanya. Bidin menggeleng tidak menghiraukan pramusaji yang menghampiri bersama gelas kedua teh O ais limau untuk Agus. “Dia tak mahu kalau upahnya sama. Dia nak kita tambah. Salah kita juga beri dia tempoh singkat untuk siapkan.” “Berapa?” Bidin teragak-agak menjawab. “Seratus seorang.” “Pergh! Banyak tu! Mana aku nak cari duit dalam masa terdekat ni?” Agus meraup wajah dan peluh di dahi sudah meleleh ke pipi. “Aku kena minta kakak akulah.” Bidin memberitahu walau tidak disoa
- Get link
- X
- Other Apps