Bahaya Deodoran Komersial Dan Petua Penjagaan Bawah Lengan


Ini termasuk Jenis Anti-Perspirant, Spray atau Roll-on.


Bahan-bahan berbahaya yang terkandung dalam Deodoran Komersial.


+ ALUMINIUM - Berfungsi sebagai bahan Anti-Peluh. Bukan mengurangkan jumlah peluh yang badan kita hasilkan tetapi mengurankan pengeluaran peluh di permukaan kulit melalui folikel dan membunuh bakteria baik yang seharusnya wujud pada kulit. Beberapa kajian mengaitkan Aluminum antara punca kanser payudara.


+ PARABEN - Kegunaannya untuk pengawetan supaya produk tidak mudah rosak. 'Preservatives'. Bersifat menyamai hormon Estrogen dan manjadikan hormon manusia tidak stabil. Menggangu sistem Endokrin, antaranya perencatan sistem reproduktif, aktiviti neuro manusia dan sistem imuniti.

+ TRICOSLAN - Sejenis bahan anti-bakteria tetapi telah terbukti mengubah regulasi hormon secara semula jadi. Penyumbang kegagalan sistem tiroid yang berkait dengan pertumbuhan otan dan dikhuatiri berbahaya pada janin dalam kandungan ibu hamil.

+ PTHLATES - Campurannya untuk mengekalkan bauan dan aroma deodoran supaya kekal walau dalam penggunaan tempoh yang panjang. Mengganggu sistem Androgen badan manusia terutama golongan lelaki. Turut dikhuatiri bahaya pada janin dan dapatan kajian mendapati antara punca asma pada kanak-kanak dan memudaratkan perkembangan IQ.

+ PEWANGI SINTETIK - Mendatangkan alergi pada kulit, radang dan alahan.

MANFAAT PENGGUNAAN DEODORAN ALAMI
Antara bahan yang terkandung dalam Deodoran bebas bahan kimia berbahaya:

** Refined Beeswax: Biasa digunakan sebagai bahan pengeras dalam produk kosmetik dan banyak manfaat lain juga. Mengandungi unsur mengelakkan alahan kulit, pelembap semulajadi, anti-radang dan anti-oksida. Bagus untuk pembuatan krim anti-stretchmark.


**Shea butter: Pelembap semulajadi, meningkatkan daya elastik kulit, bahan asas natural deodorant, selamat untuk bayi, kanak-kanak dan ibu hamil, perawatan kulit untuk radang, alahan dan kesan pancaran matahari.

** Minyak kelapa: Pelembap semulajadi dan agen anti-bakteria.

** Soda Bikarbonat: Keseimbangan pH kulit dan mengneutralkan bau badan (bau ketiak)

** Tepung Arrowroot: Bebas gluten, sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan ibu hamil, daya serapan tinggi untuk serapan peluh, bersifat sejuk dan melembapkan, merawat banyak masalah kulit.

** Pati Minyak Tea Tree: Anti-bakteria semula jadi dan mengelakkan pembiakan bakteria pada produk alami.

** Pati Minyak (Essential Oil): Sebagai bahan wangian semula jadi berserta manfaat tersendiri setiap satu.

Ini merupakan antara bahan-bahan yang terkandung dalam produk Natural Deodorant buatan tangan saya di rumah.
Jadi, jawapan kepada soalan sebelum ini, bertukarlah kepada Deodoran yang lebih sihat dan mesra alam.


Kenapa kita mesti buat Armpit Detox? 
Sekian lama kita menggunakan 'harsh chemicals deodorant' di pasaran yang nyata mengandungi Anti-Perspirant. Belum lagi diceritakan bahan toksik lain seperti Parabens, Aluminium, Phthaltes, Formaldehyde (Carcinogen penyebab Cancer), Glycol. Bahan toksin ini ringkasnya dipanggil Bio-Mutagen, penyebab ketidakseimbangan hormon manusia dan perosak sistem imuniti.



Anti-Perspirant membuatkan liang peluh tersumbat dan memberhentikan kawasan kulit sekitar armpit tidak berpeluh. Bila tidak berpeluh, tubuh badan gagal menjalankan rutin penyahtoksik semulajadi, kemudian kita sapu pula bahan-bahan Deodorant yang berpewangi sintetik untuk menutup bau badan semulajadi. Detox dilakukan supaya bahan-bahan berbahaya yang termendap dalam tubuh badan sekian lama dapat dinyahkan.


Feedback yang saya terima kebanyakan yang telah bertukar kepada Natural Deodorant, rupanya bau ketiak mereka tidaklah seteruk yang disangkakan.


Armpit Detox ini senang sahaja. 
1. Mulakan dengan pengambilan makanan dan minuman yang kurang berproses seperti makanan diawet dan tidak dalam bentuk asal makanan tersebut.

2. Bertukar kepada gula sihat dan garam sihat. Banyakkan minum air masak / air putih / air kosong.
3. Biarkan badan berpeluh. Peluh adalah proses penyahtoksik semula jadi. Jika perlu, mandi sahaja dan lap kering-kering. Atau, tukar pakaian jika sudah rasa kurang selesa.
4. Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas bersesuaian dengan cuaca panas kita. Pakaian yang menyerap peluh adalah lebih baik.
5. Berhenti pakai deodoran komersial dan memang mengambil sedikit masa, badan kita akan 'readjusting' dan kita mungkin was-was dengan bau badan. Jadi, setiap kali mandi, bilas sedikit armpit dengan diluted Apple Cider Vinegar. Cuba amalkan antara 3 ke 5 hari.
6. Boleh juga amalkan minum perahan segar lemon setiap pagi ketika perut masih kosong, ambil probiotik (Greek Yogurt, kefir, dll) untuk bersihkan usus (gut). Kulit lemon jangan dibuang. Gunakan ketika mandi dengan digosok-gosok serata tubuh badan.


Comments